Sunday, November 9, 2008

MOvin~

Assalammualaikum....

i am going to move and create a new blog..so later, i only use this blog for education purpose..this blog will only use for me write on article review, about my studies in FSR. so i will announce the link of my new blog later and to all my friends this i blogger world please add my link later k.

for adif akmal aku bukan tak mo yg hang tak aku nanti kat blog baru aku wat ek..hehe sorri...
and the other friends meriah2 kan lah blog anda. Mugkin ada pengetahuan yg kita boleh kongsi bersama.

salam ....

Sunday, October 26, 2008

ape aku buat nih?

salam...
ayat ape aku nak start ni eh? emm..ni dah nak dekat exam..ase aku semua pekara dah setel dah kot..last kejer yang aku kene buat pagi semalam adalah presentation skill..bel552..citer pasal bel552 ni wat mental aku jadik kronik skit ah..citenyer semalam aku start wat P.O utk Bel552 dari pukul 12 pg sampai kul 6pg aku cri idea nak wat..x sampai2 seru..tajuk aku psal bob marley..sepanjang malam aku tak tido wat utk presentation nih..uih pas ni tobat x wat last minit..

habis presentation pagi sabtu tu..aku gegas balik ke umah nak siap2 pg open house umah boboy..sampai2 bgi kejutan elektrik kat wan yg belingkor ngan selimut lgi mase tu(mentang2 da abes present). otw nak g brunsfield wan citer kat aku bawah flat aku ni td ader cerekarama..hahaha..baik punyaa..macam2 ah..emm blik citer tdi..sampai2 brunsfields tgu boboy naik keter shoot g nilai trus..

byk gak la aku melantak kat umah boboy..ade pulak makanan fav aku masak tempoyak..fuhh ngan petai, pucuk ubi..haha...Mak bapak boboy lak sportrec abes..hahah..sporting ah..ngan budak klas sume kepale sewel..nak2 ag Yao disable.."naknak pisshannggg' haha...meriah2..ni pon 1st time aku g jejalan sampai nilai..

pastu serang umah ikin lak dekat nan KLIA..bukan kat dalam KLIA! lame gak la kteorg lepak situ..dan paling puas ati skali aku dapat gak merase lemang yang kempunan nak makan mase disable program aritu ...mekaseyy ikin...haa..satu ag umah ikin ader doblas ekor kucing! satu coach yang 11 lagi yang lain tu player..menurut sumber kucing2 dier dihantar utk mewakili malaysia dalam CatWorldcup dan juga piala datuk bandar kuching..tu nasib baik ewan tak makan sekor kalo tak..tak cukup nak represent Malaysia..hehe..pas maghrib kteorg bansur balik...

biorpon aku tak cukup tdo..dan rase sgt letih aku sonok gak ah..dapat makan free..jalan2..ni jela last kot pastu pasni bz ngan final lak..pade rakan2 selamat menjalani peperiksaan akhir dengan jayanya dan saksama..<---aku tak tau nak bg ucapan camni nih..boley lah eh...haha..end.

salam....

Wednesday, October 22, 2008

suka or tentang aku

Aku seorang yang sensitif.aku seorang yg moody.juga hyperactive. aku suka travel ke sana-sini.aku ingin berjuang untuk masa depan diriku.tapi aku tak mampu lakukannya seorang diri. aku cuba lari dari stereotype.aku ingin menjadi satu titik merah di dalam kelumpuk putih yang luas.aku sukakan kelainan.aku sukakan pembaharuan. aku suka menonton orang.sonok tengok behav orang.pastu aku gelak sorang2. aku suka kumpul lagu. aku suka gitar. aku suka gadis melayu pior melayu.aku teringin main playstation tapi ku tak punya masa untuk tambahkan satu lagi hobi dalam hidupku.aku takut nanti makin malas malas nak blaja.aku sukakan ketenangan.aku da jumpe jawapan apa itu CINTA?bluweks. dia dah ada.hahah

aku mungkin sedang sesat sekarang ini Ya Allah plez guide me.aku bercita-cita untuk menjelajahi semua benua.jelajah dunia org.tapi tapi tak mampu skrg ni.mungkin satu ari?. aku sering buat orang ketawa.tapi ku tak suka ditertawakan. aku pencinta seni.aku sukakan edit gamba.aku suke design sebenonye n wat video.tapi tak abes blaja lagi.aku sukakan filem.tentu skali citer p.ramlee. aku rasa telah temui SRIKANDI'ku.die sorang shja.hanya die.

aku suka makan coleslow.aku suka riding.sebahagian hariku berada atas motor.aku plg ske bawak motor sambil nyanyi.nyanyi lagu kru.huhu..memang feel.aku nak pakai kete tpi takde lesen g. aku masih mencari lagu untuk band KURU KURU CHUPY.aku sayang family,aku sayang kawan2,aku sayang ko la yg bace ni..tujela takat ni panjang da aku mengarut ni. ya lain kali jumpa g.

Adakah Ia Berakhir disini?



Inikah penghujungnye...Sedar tak sedar dah nak dekat final exam dah. blog untuk kerja Media relation pun dah di setelkan. persoalannya perlukah lepas ni aku bukak lagi blogger.com ni and post ape2 tentang kehidupan dan artikel yang ade tentang dunia dan sukan mase kini. NI penghujungnyeke? abes dah ke?emm..Jawapannye...heheh komfem lah aku continue..aku suke mengarut so dlm blog aku ni macam2 bende karut akan aku taruk..hehe..selen dari tu kalau ader info paper boley jugak letak dalam blog ni.

so..satu lagi yang aku nak tekan disini adalah kepada member2 klas dan juga yang bukan kelas yang bace blog aku ni jangan ar abes subjek media ni ilang trus dari buat blog..bende ni interesting..kalau manfaatkan leklok la..jangan biar web ni tebiar sampai jadi betol2 web (SAWANG). Dasri sambung konyer blog das! josey and azli ko pon samer! haa yao ko pon sama yao jangan ilang jer..dan yang lain2 semua ah...

akhir kata..tak terkata apa...babai.....EDYosa..

Tuesday, October 21, 2008

DUA TAHUN LAGI

LITAR Sepang akan terus menyaksikan deruman saingan kejuaraan MotoGP untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi, apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih diberi kepercayaan untuk menganjurkannya sehingga 2010.

MotoGP bermula di negara ini pada 1991 dengan saingan dilangsungkan di litar Shah Alam sebelum hak penganjuran berpindah ke tangan SIC pada 1999 dan sejak itu Litar Sepang sepanjang 5.548 kilometer terus menjadi litar tumpuan pelumba dunia. Sejak daripada ini Malaysia dikenali dimata dunia sebai salah sebuah penganjur terbaik di Dunia.

Banyak manfaatnya kepada negara dengan adanya hak pengajuran ini. Contohnya kedatangan pelancong ke Malaysia akan bertambah dan meningkatlah lagi mutu "Sport Tourism" di Malaysia. Disamping itu rakyat Malaysia akan dapat meyaksikan sendiri ngauman motor motor besar dan pelumba handalan di Sepang dalam memburu tempat dipodium.

Dalam memastikan kita kekal mendapat hak sebagai penganjur bagi kawasan asia tenggara ini pihak pengurusan liyar sepang hendaklah memperbaiki segala kelemahan sebelum ini termasuk meningkatkan aspek promosi bagi menarik lebih ramai penonton menyaksikan kejuaraan MotoGP di Sepang terutama di kalangan penonton tempatan. Lebih lebih lagi pada ketika ini singapura sedang mengintai peluang untuk mendapatkan hak sebagai penganjur.

Apapun ketika kita sedang gah sebagai kuasa penganjur dalam bidang pemotoran ini kita tidak seharusnya lupa untuk melahirkan juga pelumba pelumba handalan untuk mewakili mana mana pasukan lumba MotoGp. kita semau mahu lihat suatu hari nanti akan ada rakyat Malaysia yang setanding dengan Valentino Rossi, cassey stoner dan ramai lagi.



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Sukan/20081015002040/Article/

HULL CITY?

Lagi tentang bola. Saya tertarik untuk merumuskan artikel tentang sebuah pasukan baru di EPL iaitu Hull City. Kenapa? pasukan yang digelar the tiger ini memberi persembahan yang menakjubkan setakat ini pada perlawanan bola sepak Inggris. Amat menakjubkan sebuah kelab yang baru melayakkan diri ke liga utama dapat menempatkan diri di kelompok tiga teratas liga.

Mungkin terlalu awal untuk menilai persembahan mereka tetapi dengan mengalahkan empat pasukan dari London musim ini selepas menang ke atas Arsenal, Tottenham dan Fulham, pendatang baru ini harus dipuji.

Hull City bukanlah kelab yang gah dan hebat. Tiada pemain bintang, Permainan yang kurang aksi tetapi apa yang penting adalah semangat sebuah pasukan kerdil dalam perlawanan untuk menang. setelah 104 tahun ini adalah kali pertama pasukan ini berada jauh dari zon penyingkiran.

Persembahan mereka setakat ini harus dipuji. Jika pretasi mereka berterusan tidak mustahil pasukn ini akan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.

Apa yang ingin ditekan disini adalah tumpuan dan keadaan psychology dalam perlawanan. Biarpun berhadapan dengan pasukan gergasi seperti Arsenal, mereka berjaya menguasai perlawanan seperti mereka adalah pasukan Arsenal.

Tumpuan amat penting tidak kiralah di dalam sukan apa pun. Apa yang penting kerjasama! apa yang penting kerjasama!



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm



Afghanistan di Bedil Peluru Gol


SKUAD bola sepak negara melengkapkan perlawanan terakhir Kumpulan A dengan kemenangan 6-0 ke atas Afghanistan pada kempen Pestabola Merdeka edisi ke-40 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Meskipun menurunkan ramai pemain simpanan, skuad kendalian jurulatih, B. Sathianathan itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menang 4-0 masing-masing ke atas Nepal dan Sierra Leone.

Selaku juara bertahan dan juga pilihan bagi memenangi edisi kali ini, barisan pemain kebangsaan seharusnya dipuji atas apa yang di persembah pada kali ini. Memenangi semua perlawanan tanpa kalah dan gawang Malaysia belum lagi dibolosi.

Mungkin ada yang mempertikaikan kemenangan pasukan negara dengan kata kata ini "alah boley arr lawan pekerja kilang Nepal!" ataupun kedengaran seperti ini " emm team kampung mane yang main dalam PBM tu..ntah mana team ntah Malaysia ajak".

setiap individu berhak menyuarakan pendapat dan pendapat tetapi biarla berdasarkan fakta bukan cakap lepas atau omong kosong.

Apa yang saya harapkan agar skuad negara akan sekali lagi menjulang piala "KITA" pada edisi kali ini. Go Team Malaysia.

Sunday, October 19, 2008

Berapa Ramai lagi akan di tendang

berita bertajuk Pelajar tendang guru digantung seminggu bertarikh 18 Oktober 2008 amat mengecewakan.

Kenapa Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah tidak mengenakan tindakan lebih tegas memandangkan pelajar berkenaan begitu biadap dan kurang ajar sanggup melawan dan menendang gurunya?

Disiplin pelajar-pelajar sekarang semakin teruk dengan kes-kes gangsterisme, memukul guru dan sebagainya.

Sepatutnya pelajar tersebut bukan sahaja digantung tetapi dibuang dari sekolah kerana tindakannya itu menjatuhkan maruah guru tersebut di mata pelajar-pelajar lain.

Tindakan menghukum pelajar-pelajar bermasalah seperti merotan di khalayak ramai seperti zaman ibu bapa kita dulu harus dihidupkan kembali.

Guru juga sepatutnya diberikan kuasa untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar dan bukannya menjadi mangsa pukul serta saman ibu bapa yang tidak tahu mengajar anak.

Saturday, October 11, 2008

Journey Together for a Better Tomorrow

bertempat di Pusat Rekreasi Air Putrajaya pada 18 oktober ini akan diadakan program untuk O.K.U dimana aktiviti seperti kayak dan lake crossing akan diadakan..
orang ramai dijemput hadir..

Thursday, September 25, 2008

Ramadhan Beransur Pergi....(tutup rakam)

Ramadhan sudah makin beransur pergi...
meninggalkan kita yang tak sabar menanti Syawal...
terfikir aku sejenak adakah cukup amalan aku pada ramadhan kali ini...
adakah cukup ibadat aku pada ramadhan kali ini..
lapar dan dahaga sahajakah yang aku dapat..?
wallahualam..

Ramadhan sudah makin beransur pergi..
meninggalkan kita yang tak sabar menanti syawal..
tersenyum lebar menanti kehadiran hari lebaran..
ada hati yang hiba..
kerana mungkin ini ramadhan terakhir....


Ramadhan sudah makin beransur pergi..
meninggalkan kita yang tak sabar menanti syawal..
hati insan yang bercinta semakin berkecamuk bila berakhirnya ramadhan
dan perasaan itu makin tak menentu bila tibanya syawal....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
ikhlas dari hati
Hady Husainy


Tuesday, September 16, 2008

kelongsong peluru (tutup rakam)




jelas di depan mata namun masih berpeluk tubuh tak berbuat apa,
saudara Muslim ku diseluruh dunia adayang teraniaya, komplot bantuan dari Amerika negara durjana ZIONIS, membunuh dan juga memperkosa memakan 50 tahun untuk menhancurkan masjid Al Aqsa [Palestin], perjanjian bertukar tukar tak guna, dimana tanggung jawab kita semua palestin sudah lama menderita, bunyian ngeri tangisan anak kecil masjid surau rumah semuanya dibedil, namun tiada tindakan yang diambil hanya jadi perbualan dunia, seribu satu pelbagai jenis cerita melihat gelagat kejam anak Adam dan juga anak Hawa, MAJLIS BANGSA BANGSA BERSATU! dimana kamu, hanya perpeluk tubuh terdiam membisu . .

KELONSONG PELURU, MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU TUHAN KU YANG SATU TURUNKAN KEAJAIBAN AGAR KAMI BERSATU KELONSONG PELURU, MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU TUHAN KU YANG SATU, TUHAN KU YANG SATU . . .[ALLAH]

Mujahidin berjuang dan jangan ada yang lepas tangan, dimanakah demokrasi keamanan yang dijanjikan, ini soal politik dunia krisis ekonomi dan agama, kenapa asyik² Islam yang kena THAILAND FILIPINA UK sama sahaja, orang kafir takkan kemana-mana macam tentera bergajah mati dibaling batu berapi dari neraka, hasutan syaitan makin ketara, makin berapi dendam lama membara yahudi tak mengenang budi, memang CELAKA! lain pula cerita IRAQ dibantai amerika, mahu membela nasib orang ARAB katanya, kau siksa mereka yang didalam tahanan, Insyallah ALLAH turunkan bala kita lihat boleh kah kau bertahan,
sampai bila? bicara? yang pasti akhirat masanya.

Friday, September 12, 2008

berbudi dan berbahasa

SEBAGAI rakyat Malaysia, kita seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni.

Kempen ini dirasakan perlu berdasarkan kemerosotan nilai-nilai murni dan kurangnya budi bahasa di kalangan sebilangan rakyat Malaysia.

Sifat biadab dan tidak berbudi bahasa di kalangan rakyat dapat dilihat pada cara mereka berkelakuan di tempat awam dan juga di jalan raya.

Sikap tidak bertimbang rasa merupakan perkara biasa yang dapat dilihat pada cara pemanduan dan cara meletak kereta di jalan raya, memandu ke dalam kawasan kotak kuning; meletak kenderaan di mana terletaknya pili bomba; membuang sampah di tempat awam; merosakkan harta awam; memotong barisan dan tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan.

Isu lain juga termasuk bercakap secara kasar dengan pelanggan; merokok di kawasan larangan merokok; meludah di tempat awam dan tidak memberikan tempat duduk kepada warga tua, kurang upaya dan juga wanita hamil. Terdapat juga banyak isu lain yang boleh disenaraikan dan hal ini adalah berlarutan.

Tepat pada masanya bagi rakyat untuk menangani isu ini dan bertanyakan pada diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan sikap berbudi bahasa dan nilai-nilai murni tersebut.

Menganjurkan kempen mempromosi budi bahasa dan nilai-nilai murni ini adalah penting tetapi apa yang lebih penting ialah untuk menjadikan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang telah dilancarkan itu sebagai suatu amalan harian.

Kepimpinan melalui teladan adalah perlu dalam menjayakan kempen tersebut. Sehubungan dengan itu, semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan harus memupuk nilai-nilai murni di kalangan kakitangan mereka.

Perkhidmatan awam contohnya, harus mempromosikan budi bahasa di kalangan staf di kaunter yang berurusan dengan orang awam. Bersopan dan berbudi bahasa ketika menjawab panggilan telefon dan membalas surat orang awam mesti diamalkan oleh mereka yang bertanggungjawab menjalankan tugas tersebut.

Kempen tersebut juga perlu dimulakan dengan kesedaran di bangku sekolah lagi di mana budi bahasa dan nilai-nilai murni perlu diajar.

Pencapaian Wawasan 2020 hanya akan menjadi lebih bermakna sekiranya kita dapat menyemai budaya berbudi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia.

Thursday, September 4, 2008

Naik satu pun ok...

Tertarik dengan artikel berita harian hari ini dimana menyatakan bahawa ranking FIFA yang terbaru menunjukkan Malaysia naik satu anak tangga. Biar pun hanya satu anak tangga saya berharap agar ini adalah titik permulaan perubahan. ketika bolasepak negara amat sunggul masa kini dan juga karenah-karenah orang tertentu di dalam persatuan amat sukar bagi Malaysia untuk melonjak sekurang-kurangnya antara top 100 ranking. Mampukah bolasepak negara mencapai angka itu? apakah dengan skaud negara masa kini kita boleh mengapai antara 100 terbaik? itu tidak mustahil jika persembahan di liga domestik dan pertandingan Antarabangsa kita mampu menyerlah dan memberi saingan. Sebagai rujukan dinyatakan bahawa ranking malaysia yang terbaik adalah pada tahun 1993 dimana Malaysia menduduki tangga ke-75. Tidak mustahil, ranking ke 75 antara beratus negara di dunia, itu cukup membanggakan.

Sampai bila kita harus bangga dengan sejarah masa lampau? menoleh kebelakang dan takut menghadapi masa depan? tepuk dada tanya lah selera. Kian hari semakin banyak negara yang permainan bola sepak bukan permainan nombor satu menunjukkan kebangkitan dan menjadi 'upset' kepada negara kuasa besar bola sepak dunia. Tanpa perancangan yang berkesan dan perangkaan yang mantap adakah target untuk melayakkan diri ke piala dunia 2022 menjadi kenyataan? sekali lagi persoalan itu bermain difikiran.

Jika dilihat dari aspek pembangunan kita dapat lihat semakin banyak akedemi bola sepak dan pusat-pusat latihan ditubuhkan. Tetapi apakah jaminan untuk bagi membuktikan keseua persatuan ini mementingkan pembangunan pemain dan bola sepak itu sendiri berbanding mengaut keuntungan dari segi bayaran dan juga politik.

Saya ingin melihat suatu hari nanti bendera Malaysia di kibarkan di Piala Dunia. Ingin merasakan bagaimana perasaan rakyat China yg begitu bersemangat ketika menyokong pasukan negara mereka di temasya itu. Kebanggaan, kemeriah, kesedihan, kegembiraan ketika melaungkan lagu semboyan telah berbunyi, bayangkan lah. Ini tidak mustahil, peningkatan demi peningkatan saban tahun akan memungkinkan perkara ini berlaku. Salam sayang pada skuad negara......





Wednesday, August 27, 2008

buktikan, buktikan dan buktikan..

Sukan Olimpik di Beijing telah menyaksikan kejayaan China sebagai tuan rumah dan negara Asia pertama yang telah berjaya membuktikan keupayaan menganjur sukan elit bertaraf dunia setelah sekian lama penganjuran oleh negara-negara sebelah Barat.


Sukan Olimpik itu sendiri sebenarnya membawa maksud yang tersurat dan tersirat dengan kegemilangan dan kemashyuran yang dibawa daripada imej Olimpik telah menjadi penanda aras terhebat dalam sukan dunia. Jamaica telah membuktikan kepada dunia akan kehebatan jaguhan pecut mereka menguasai acara pecut yang menjadi acara terhebat di sukan Olimpik yang selama ini dikuasai oleh Amerika Syarikat. Jika dulu pelari-pelari Jamaica hanya menjadi pengiring dan pesaing kepada Amerika Syarikat, tetapi kini Jamaica telah bangkit dan menjadi pemimpin dan peneraju kepada acara pecut dengan pelari-pelari hebat wanita dan lelaki seperti Usain Bolt.

Ketika dunia menggeleng kepala melihat kehebatan Bolt berlari dengan memecahkan rekod dunia hingga banyak pinggan-pinggan di rumah yang pecah kerana terkejut dengan pencapaian Bolt dan pencapaian atlet Jamaica, negara kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala memikirkan betapa sukarnya untuk mencari jaguh pecut yang berpotensi untuk diketengahkan!

Negara-negara di Afrika terbukti menguasai acara larian jarak jauh seperti Uthopia dan Kenya yang merupakan negara-negara membangun dan pernah terhimpit dengan kebuluran dan kemiskinan suatu ketika dulu dan kini telah membuktikan bahawa negara yang pernah mundur juga boleh menghasilkan insan terhebat dan mampu membuat dunia terpegun dengan kehebatan mereka.

Siapa yang mampu menolak kehebatan Bekelele dan rakan pasukannya. Sukan Olimpik kali ini juga melihat kehebatan China yang telah menjadi antara negara terhebat dunia dalam bidang sukan.

KekalahanAmerika Syarikat sebagai sebuah negara yang tidak pernah mahu kalah dalam sukan terutama dengan negara-negara yang dianggap kecil dan kecut dalam bidang sukan juga akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan negara-negara lain dan terpaksa membuat 'bedah siasat' atas kekalahan teruk dalam sukan olahraga yang menjadi kebanggaan mereka selama ini. Bagaimana pula dengan sukan di negara kita?

Harapan dan sokongan padu rakyat negara kita terhadap atlet negara tidak perlu dipersoalkan. Negara kita sebagai sebuah negara kecil dan kerdil dalam persaingan sukan bertaraf dunia sudah tentunya perlu membuat post-mortem tentang sukan dan para atlet negara.

Post-mortem yang perlu dilakukan itu perlulah merangkumi pelbagai aspek fizikal, mental, spiritual dan psikologikal yang membantutkan kejayaan para atlet Malaysia dalam persaingan sukan dunia.

Analisis yang terperinci hendaklah dibuat dengan hati dan perasaan yang luhur dan ikhlas demi kejayaan sukan negara. Jika tidak, tahap sukan negara akan sentiasa berada di tahap lama dan begitulah seadanya sehingga sampai bila-bila. Kita tidak mampu melawan kehebatan para atlet bertaraf dunia, tetapi kita ada kekuatan dalam bidang sukan yang tidak memerlukan body contact untuk bersaing seperti badminton, memanah, angkat berat dan wusyu.

Makanya perkukuhkan bidang tersebut dengan profesional mengikut skema penanda aras dunia. Tidak ada yang tidak boleh kita lakukan jika kita sentiasa melaungkan kata-kata hikmat iaitu Malaysia Boleh!

Jika Jamaica, Kenya, Ethiopia dan China boleh, negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kemudahan sukan bertaraf lima bintang sudah tentunya boleh, sematkan dalam fikiran bahawa negara Malaysia boleh melahirkan ahli sukan bertaraf dunia dan kita telah membuktikannya dengan Datuk Nichol David yang telah mencapai kelas elit bertaraf dunia dalam sukan Squasy. Majulah sukan Malaysia untuk membina reputasi rakyat Malaysia ke arah gemilang, terbilang dan gemilang




berita harian



Thursday, August 14, 2008

Wajah Baru Strategi Lama!

berdasarkan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2 Ogos 2008 yang dianggap oleh banyak pihak sebagai satu langkah mengundur. Pertamanya isu pembekuan pemain import pada saingan musim 2009. Walaupun FAM mengatakan pemain import yang ada tidak banyak membantu kepada perkembangan pemain tempatan tetapi, bagaimana persatuan bola sepak negeri memanfaatkan kehadiran pemain import yang harus dipersoalkan. FAM boleh melihat bagaimana pasukan Negeri Kedah memanfaatkan kehadiran import dalam pasukan mereka.

Soal kos penggajian pemain import turut menjadi faktor FAM melakukan keputusan tersebut, pada saya apa salahnya pasukan yang ada kemampuan kewangan terus menggunakan pemain import. Ada mekanisme tertentu yang FAM boleh tetapkan antaranya pasukan negeri yang mahu mengambil pemain import harus mengemukakan jaminan bank amaun untuk pembayaran gaji import tersebut untuk setahun. FAM haruslah mendidik persatuan negeri agar ‘ukur di baju sendiri’ dan bijak menilai pemain import sebelum mengambil pemain import.

Saya yakin tanpa kehadiran pemain import, liga kita akan semakin suram dan kita boleh lihat bagaimana liga-liga terkemuka dunia juga membenarkan pemain import. Mengapakah kita bertindak seolah-olah formula kita lebih hebat. Saya tidak mahu melihat FAM diketawakan sekali lagi seperti mana tahun 1998 dahulu dan akhirnya ditarik balik setelah FAM menyedari ia satu kesilapan tanpa kehadiran pemain import.

Satu lagi aspek ialah keputusan FAM untuk mengadakan perlawanan pada hari Ahad dan Rabu. Bagi saya seharusnya Hari Sabtu dijadikan hari perlawanan kerana ia akan menyusahkan ramai peminat terutama di negeri yang cuti mingguan mereka pada hari Jumaat dan Sabtu. Contohnya penyokong pasukan Kedah yang terpaksa datang dari Kulim dan Baling terpaksa mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan dan jika ia dilangsungkan pada hari bekerja, maka ia amat menyusahkan kerana dengan komitmen kepada keluarga seperti mengambil anak pulang dari sekolah, ternyata amat membebankan dan boleh mengurangkan kehadiran peminat ke Stadium.

FAM beranggapan ia adalah untuk mengelak persaingan dengan siaran langsung bolasepak antarabangsa dan rancangan realiti televisyen tetapi sebenarnya jika FAM mampu mengubah imej bola sepak tempatan, ia tidak akan menjejaskan kehadiran penonton ke stadium. Sekali lagi saya membawa contoh penyokong bola sepak Kedah. FAM harus belajar daripada saranan-saranan yang pernah dikemukakan oleh Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil yang telah mencorakkan imej bola sepak Kedah.

Masih belum terlambat untuk FAM memperbetulkan kesilapan yang dilakukan dan saya yakin jika dilakukan undian di kalangan peminat bola sepak tempatan, ramai yang akan berpandangan sebaliknya daripada pandangan FAM. Usah biarkan bola sepak kita terus berduka. Itulah Wajah baru, strategi lama.


http://mysoccer.kaopehkaobu.com/2008/08/03/tiada-lagi-pemain-import/

Wira Kita Mara

setelah beberapa tahun menunggu.Setelah beberapa lama menghitung kini semuanya teletak ditangannya sendiri. Pingat sudah dalam genggaman, perak atau pun kilauan emas menjadi tanda tanya. Saya percaya seluruh malaysia berdebar debar menyaksikan perhitungan Lee Chong Wei pada separuh akhir semalam. Dia berjaya mara ke perlawanan akhir Olimpik kali ini selepas kecewa pada temasya yang sudah. kesungguhan? sudah tentu dengan kesungguhan beliau meletakkna beliau sebagai wira nombor satu negara.

Kini perhitungan terletak pada dirinya sendiri. beliau mengatakan bahawa ingin mencapai kepuasan peribadi. Ya, itu adalah tekadnya.Setelah berusaha keras selama ini bersama jurulatihnya Misbun Sidek munkin dia akan membuktikan sesuatu esok. RM1 juta atau RM3 ratus ribu? terletak ditangannya.Jika dilihat dan diteliti mungkin bukan itu yang dicari oleh Chong Wei, seperti katanya "Ganjaran kerajaan tidak pernah saya fikirkan sehingga kini kerana saya mengejar kepuasan peribadi.

"Saya pasti akan beraksi bermati-matian di final nanti," katanya yang mengakui lega bebanan besar yang ditanggungnya sudah berakhir sebaik mengesahkan tiket ke final selepas mengharungi perlawanan selama 62 minit itu.

harapan 25juta penduduk Malaysia. Hanya satu, kilauan Emas dibawa pulang. Kepada Lee Chong Wei semoga berjaya hendaknya esok!!







http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20080815234542/Article

Wednesday, August 13, 2008

'Siti' dan 'Fatimah' di Beijing

antara berita menarik dari Olimpik Beijing di Utusan Malaysia yang saya baca ialah mengenai 'Siti' dan 'Fatimah' iaitu jurubahasa-jurubahasa bahasa Melayu yang disediakan untuk pasukan Malaysia.

'Siti' dan 'Fatimah' ini bertutur dalam bahasa Malaysia bertaraf paling tinggi dengan susunan ayat dan nahunya.

Menariknya, Siti dan Fatimah ini bukan orang Melayu yang bekerja atau bermastautin di Beijing tetapi sebenarnya penuntut-penuntut pengajian bahasa di universiti yang dilatih khas untuk semua bahasa selama pesta Olimpik ini.

Di televisyen baru-baru ini kelihatan seorang anggota polis Beijing yang menjalani latihan khas untuk meneka bangsa dan bahasa pelawat ke Olimpik dan dia boleh bertutur lebih 10 bahasa asing.

Saya berani menyatakan khidmat Siti dan Fatimah jarang digunakan oleh pegawai dan ahli sukan Malaysia keturunan Cina kerana mereka tentu lebih selesa berbahasa Mandarin apatah lagi bahasa Malaysia mereka pun tidak sampai ke mana.

Di iklan-iklan televisyen, ahli-ahli sukan Malaysia bukan Melayu yang menyatakan kebanggaan mereka mewakili Malaysia kelihatan tidak selesa langsung menggunakan Bahasa Kebangsaan tetapi lebih selesa berbahasa Inggeris dan Mandarin.

Bagaimanapun, 'tanah air' ahli-ahli sukan yang kurang fasih berbahasa Malaysia ini terus mencurahkan wang yang begitu banyak untuk latihan dan hadiah-hadiah wang yang besar kalau mereka berjaya merangkul kejayaan.

Selain daripada menggunakan Olimpik Beijing 2008 yang dimulakan pada 8 Ogos lalu diharapkan membawa tuah kepada China dalam usaha baru nya untuk mengambil tempat yang lebih tinggi di persada politik dan ekonomi antarabangsa, Olimpik Beijing juga terus mendaulatkan Bahasa Mandarin.

Pemimpin-pemimpin China seperti Presiden Hu Jintao tetap mendaulatkan Mandarin di semua majlis Olimpik diikuti dengan bahasa-bahasa lain.

Kita percaya kebanyakan pemimpin dan para teknokrat China boleh berbahasa lain tetapi mereka tidak ghairah hendak menunjuk-nunjuk seperti pemimpin dan rakyat Malaysia yang sudah pun menjadikan bahasa Inggeris seperti bahasa ibunda mereka, kadang-kadang bahasa Inggeris yang digunakan pun bahasa Inggeris 'tidak betul'.

Kalau ditinjau di kem-kem Indonesia dan Thailand di Olimpik, para pegawai dan peserta Malaysia akan mendapati kesemuanya termasuk yang berketurunan China tetap berbahasa Indonesia dan Thai dengan bangganya dan akan menggunakan jurubahasa-jurubahasa Olimpik dengan sepenuh-penuhnya.

Itulah nasib Bahasa Kebangsaan.

Semakan harga petrol ringankan beban rakyat

Pengenalan harga runcit petrol baru bermula Jun lalu telah menjurus kepada penilaian harga yang berasaskan harga pasaran. Cadangan kerajaan menyemak harga pasaran petrol setiap bulan mungkin akan membuatkan harga petrol di Malaysia diturunkan bergantung kepada harga pasaran dunia.

Semakan ini secara langsung dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi musim perayaan yang akan menjelang dan pembukaan sesi persekolahan akan datang. Polisi ini mampu membawa kepada kebajikan rakyat dan mewujudkan kecekapan pengagihan sumber subsidi.

Namun, cadangan ini juga akan mewujudkan beberapa implikasi yang akan mempengaruhi corak pasaran petrol itu sendiri dan pasaran barang serta sektor perkhidmatan. Semakan harga yang dilakukan setiap bulan memungkinkan berlakunya kenaikan atau penurunan harga.

Penurunan harga sememangnya akan membantu mengurangkan beban rakyat, namun, sekiranya berlakunya kenaikan, kerajaan perlu memikirkan mekanisme sesuai bagi menangani isu kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol tersebut.

Dalam menangani kesan rantaian tersebut, kementerian perlu mengawal dan memantau peniaga-peniaga yang akan mengambil kesempatan pada kenaikan tersebut.

Pada pandangan saya, kaedah semakan harga bulanan tersebut berdasarkan harga purata bulanan boleh dijadikan alat mewujudkan kecekapan pengagihan subsidi dan kecekapan penggunaan petrol berdasarkan beberapa pendekatan.

Penyelarasan harga boleh dilakukan berasaskan isian kebuk kenderaan dengan pemilik kenderaan berkuasa kecil diutamakan penerimaannya. Harga yang murah selepas semakan hanya akan dinikmati bagi pemilik kenderaan berkuasa kecil memandangkan mereka memerlukan bantuan sewajarnya.

Pemilik kenderaan berkuasa besar hanya akan menerima harga yang rendah apabila berlakunya penyelarasan harga yang besar.

Langkah dilihat mampu mewujudkan kecekapan penggunaan dalam masa yang sama mampu menstabilkan kebajikan pengguna majoriti.

Hal ini bermakna perbezaan pembayaran harga runcit dan harga pasaran oleh golongan yang mengunakan kenderaan berkuasa besar akan digunakan untuk membantu sektor yang lebih memerlukan seperti pengangkutan dan perhubungan dalam usaha mengurangkan beban kewangan dan mengawal harga perkhidmatan tersebut.

Golongan yang berpendapatan tinggi yang sinonim dengan kereta berkuasa besar dilihat mampu menyerap harga sekarang iaitu RM2.70 seliter dan golongan yang berpendapatan rendah yang mengunakan kereta berkuasa kecil lebih memerlukan semakan harga yang memihak kepada mereka.

Satu pangkalan data khas mungkin boleh diwujudkan di dalam MyKad pembeli petrol ini dengan menerangkan bilangan kenderaan yang dimilikinya.

Saya juga berpendapat penyelarasan harga ini juga dipertimbangkan mengikut bilangan kenderaan yang dimiliki oleh setiap individu. Hal ini bermakna setiap keluarga hanya akan menikmati harga yang rendah berdasarkan maksimum dua buah kereta dan sebuah motosikal bagi setiap keluarga.

Sewajarnya semakan harga yang dicadangkan dinilai bersama-sama tingkat pendapatan penggunanya berserta isian kebuk kenderaan yang digunakan. Mungkin dalam jangka panjang kriteria jarak perjalanan yang mewakili keperluan perjalanan dan penggunaan dimasukan sebagai pemboleh ubah penetapan harga petrol.

Cara ini dilihat lebih praktikal dan efisien dalam mewujudkan kelestarian penggunaan bahan bakar dan merupakan mekanisme menang-menang dalam membantu menyetarakan beban kewangan rakyat dengan golongan berpendapatan tinggi membantu golongan berpendapatan rendah.




http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080814235133/Article/

Tuesday, August 5, 2008

Dua sahabat maut dirempuh lori (spontaneous news)

Malang tidak berbau. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar berita tentang kemalangan yang membabitkan motosikal. Baik didalam surat khabar mahupun yang terjadi di sekeliling kita. Lihat sahaja kemalangan di dalam Uitm baru baru ini dan juga kemalangan membabitkan pelajar uitm juga di makhamah tinggi Shah Alam. Mungkin kita tidak melihat serius perkara ini kerana ianya tidak ada kaitan dengan kita. Bukan keluarga kita, saudara mara, ataupun sahabat. Tetapi sebagai penunggang dan pengguna jalan raya kita harus sedar bahawa bahaya dimana-mana. Semalam terdapat satu lagi tragedi membabitkan motisikal dimana 2 sahabat dirempuh lori ketika sedang berhenti berehat di Kilometer 139.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Maran.

kenapa saya terpanggil untuk menulis review untuk artikel ini? jawapan nya adalah kerana salah seorang pemuda yang maut itu adalah rakan saya iaitu Mohd Azran Haffiz Sabri. Pada pagi Isnin lalu saya menerima sms dari rakan yang mengatakan bahawa beliau sudah pulang ke rahmatullah setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. seakan tidak percaya orang yang baru berhubung (melalui sms) dengan saya pada minggu lepas telah pergi jauh. Walaupin pada ketika itu arwh hanya duduk diatas motisikalnya tetapi akibat kecuaian pemandu lori tersebut akhirnya dia menjadi mangsa.

Maut dimana-mana. Samada ada sedang tidur, menaiki bas atau pun ketika menonton tv. Kita harus sedar (terutamanya penunggang motor) tahap bahaya lebih tinggi berbanding pengguna jalan raya lain. berkhemah dan berhati-hatilah dijalan raya. berkhemah dan berikan isyarat ketika memandu. kerajaan telah mejalankan berbagai kempen kesedaran tetapi jika tiada inisiatif sendiri daripada pengguna jalan raya tidak kira kenderaan apapun maka usaha itu adalah sia-sia. Jalan raya adalah untuk kegunaan kita bersama jadi sebagai pengguna kita hendaklah berwaspada dan berhemah ketika dijalan raya. Sikap acuh tidak acu dan sombong dijalan raya perlu di buang kerana ia akan memakan diri sendiri kalau tidak kini pada satu hari kelak. Adakah kita mahu kehilangan keluarga,saudara atau rakan barulah kita sedar kepentingan berhati-hati dijalan raya. JadiSama sama lah kita renungkan dan selamat beramallll....

p/s sama2 lah kita memsedekahkan al-fatihah kepada rakan saya arwah Mohd Azran Haffiz Sabri semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang2 yang beriman.

Dua maut dirempuh lori

Cross trainer hindar osteoperosis (planned)

WALAUPUN gerakan senaman cross trainer nampak perlahan berbanding aktiviti lain, tidak bermakna alat ini tidak mampu memberi kesan memberangsangkan kepada tubuh.

Senaman cross trainer memberi impak rendah terhadap lutut, pergelangan kaki, pinggul dan bahagian belakang. Alat ini selamat bagi anda yang pernah menghadapi kecederaan di bahagian terbabit. Senaman menggunakan cross trainer juga membolehkan anda menyokong tubuh dengan kaki yang secara tidak langsung membina ketumpatan tulang serta menghindarkan kesan osteoperosis.

Cross trainer dikatakan mengatasi peralatan lain termasuk basikal statik, mesin dayung atau treadmill. Malah, jika anda melakukan senaman menggunakan cross trainer, kalori yang dapat dibakar lebih banyak dan lebih cepat.


Ini bermakna, senaman menggunakan cross trainer adalah pilihan bijak bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, membentuk tubuh sambil menjaga kesihatan. Ia juga berkesan bagi individu yang ingin mengekalkan tahap kecergasan kerana alat ini mampu meningkatkan kadar degupan jantung dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.


Berikut dipaparkan panduan senaman cross trainer tahap lanjutan seperti yang ditunjukkan jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis.

Senaman cross trainer tahap lanjutan


1. Panaskan badan (10 minit)

Tetapkan penggunaan cross trainer pada tahap tiga hingga lima dan kadar langkah seminit (strides per minute-SPM) antara 80 hingga 90. Kadar ukuran degup jantung

HRM (heart rate measurement) pula sekitar 60 peratus.

2. Senaman (30 minit ke atas)

Tetapkan penggunaan pada tahap lima hingga tujuh dan kadar SPM antara 120 hingga 140. HRM harus ditetapkan pada tahap 80 peratus ke atas.

3. Menyejukkan badan (lima minit)

Tetapkan penggunaan pada tahap satu atau dua dan kadar SPM di bawah 80 manakala HRM sekitar 50 peratus.

Info:

  • Bagi mesin cross trainer Star Trac, anda yang sudah bersenam pada tahap lanjutan boleh menggunakan aplikasi automatik pada peralatan ini. Ini bermakna, anda tidak perlu menetapkan kadar dan tahap seperti yang ditunjukkan sebelum ini dan sebaliknya terus memilih program sedia ada.

  • Ada tiga pilihan mengikut kesesuaian iaitu yang pertama, Total Body yang banyak tertumpu kepada gerakan tarik dan tolak manakala kedua, Alpine Pass yang memberi pengalaman seperti mendaki dan menuruni bukit secara sekata.

  • Pilihan terakhir ialah Random Hill yang memberi pengalaman mendaki dan menurun bukit secara tidak sekata.
  • Tuesday, July 29, 2008

    Selamat Berjuang!!

    Sebagai peminat bola sepak, saya begitu teruja menantikan kemunculan pasukan bola sepak terkemuka Eropah iaitu Chelsea ke Malaysia Malam ini. Kehadiran mereka memberi peluang kepada peminat-peminat pasukan tersebut melihat kelibat bintang-bintang mereka dari dekat.Apa yang mengagumkan mereka ialah mutu permainan bola sepak di Eropah yang nyata lebih memikat dan menghiburkan. Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan Chelsea datang ke sini walaupun pada awalnya timbul kontroversi.Walaupun bukan penyokong pasukan Chelsea, namun saya tetap akan menonton perlawanan tersebut biarpun dikaca tv. Namun begitu, jauh di sudut hati saya amat risau dengan persediaan skuad negara untuk berhadapan dengan lawan yang nyata sekali bukan tandingan ini.Apatah lagi dengan kegugupan pasukan Malaysia berdepan India tempoh hari dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 1-1, itupun jaringan lewat permainan menerusi sepakan penalti.Untuk perlawanan menentang Chelsea ini, saya berharap FAM dapat merangka strategi yang mantap dan menurunkan hanya pemain-pemain yang berkualiti yang kita ada. Tak perlulah saya sebutkan nama-nama mereka di sini. Perlu diingat, anda akan berhadapan dengan pasukan yang berstatus lima bintang dan berkelas dunia. Ambil peluang ini sebagai pendedahan kepada pemain mempamerkan karisma dan sikap juang yang tinggi demi negara. Adalah sesuatu yang memalukan dan amat malang sekali sekiranya kita menganggap perlawanan ini sekadar suka-suka. Ini bukanlah perlawanan pemanas badan menjelang pembukaan musim baru liga Inggeris yang pertama, pada tahun 2001 semasa kunjungan Manchester United ke Malaysia, skuad negara tewas 0-6 sedangkan pasukan negara jiran, Thailand hanya tewas 1-2, itupun pasukan dari Eropah tersebut terpaksa bergelut sebelum menang.Perlawanan seperti itulah yang kita mahu lihat, bukan membiarkan pasukan pelawat memperbudak-budakkan kita.Tolonglah, jangan jadikan Malaysia sebagai pasukan belasahan walaupun kita sedar kualiti pemain-pemain pasukan Chelsea berstatus bintang. Berikan saingan kepada mereka, jangan biarkan mereka mudah mengawal permainan di padang.Jika dilihat dari keputusan perlawanan yang diatur dalam kunjungan Chelsea ke Asia, mereka menang 4-0 dan 7-0 ke atas kelab dari Cina, saya tidak dapat menjangkakan nasib skuad negara nanti. Walaupun saya tidak menjangkakan keputusan yang mengejutkan ke atas Chelsea, sekurang-kurangnya saya amat berharap skuad negara turun dengan semangat juang yang tinggi dan mereka perlu menjaga imej negara. Kepada peminat-peminat bola sepak tanah air, marilah kita menyokong pasukan negara beraksi. Baik buruknya Malaysia adalah pasukan kita. Selamat berjuang!

    bahasa melayu bahasa kedua??


    Mengapa rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan mereka lahir,membesar dan mendapat semua manfaat kehidupan di tanah air tercinta ini.Saya kadang-kadang terfikir juga, mengapa orang Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia, lebih fasih berbahasa Melayu berbanding dengan orang yang lahir di Malaysia dan marah pula jika dikatakan tidak sayangkan negara. Tambahan pula sekarang isu papan tanda yang mempunyai pelbagai bahasa pula dikatakan perlu kerana memberikan penghormatan kepada kaum-kaum lain.Adakah penghormatan kaum itu terletak pada bahasa di papan tanda? Apa rasionalnya maka kita memerlukan bahasa pelbagai di papan tanda?Apakah rakyat Malaysia kini sudah kembali ke zaman sebelum merdeka yang masih buta huruf atau hanya pandai berbahasa ibunda sahaja?Sekarang pun bahasa Melayu sudah tidak dianggap relevan dalam banyak perkara walaupun masih digunakan dalam sistem pendidikan. Malah remaja zaman sekarang boleh bertekak dengan kita mengatakan dia masih boleh hidup selesa di Malaysia walaupun tidak pandai berbahasa Melayu.Lihatlah risalah-risalah yang terdapat di agensi-agensi termasuk agensi kerajaan, juga mengunakan lebih daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Begitu juga di kaunter, malah perkataan farmasi di klinik diletakkan dalam pelbagai bahasa. Apakah pesakit tidak tahu itu adalah farmasi jika hanya ditulis dalam bahasa Melayu? Jika semua bahasa perlu digunakan dalam semua perkara untuk menunjukkan penghormatan, untuk apa Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan? Ramai yang marah apabila bahasa dikaitkan dengan patriotisme tetapi apakah bahasa tiada kaitan dengan patriotisme?Pengetahuan lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan jika tidak dijadikan bahan politik atau permasalahan.Keterbukaan itu perlu tidak salah menggunakan bahasa asing, tetapi janganlah sampai bahasa negara kita sendiri, jatidiri kita sendiri dipinggirkan. 'Roots' itu perlu ada dan kita harus berbangga dengan bahasa kita. Jadi renung2kan dan selamat beramalll....

    p/s-terpengun dan tetarik ketika menonton rancangan majalah3 yang membuat liputan tentang pelajar2 korea mengambil matapelajaran Bahasa Melayu, fasih..siap ada debat sekali..orang korea tu?!!


    Tuesday, July 22, 2008

    Teknologi Punca Malas

    Buang masa depan komputer? buang masa dengan telefon bimbit? semuanya tentang membuang masa, membuang masa adalah salah astu tingkah laku yang yang menjadi tabiat buruk masyarakat ketika ini.Dipetik dari Berita Harian Online "Satu kajian baru mendakwa, seorang setiap lima orang kini mempunyai masalah itu pada tahap teruk sehingga mengancam karier, hubungan peribadi dan kesihatan mereka."
    Ramai penyelidik menyalahkan teknologi komputer dan telefon bimbit atas masalah itu kerana menjadi punca mencetuskan banyak gangguan kepada orang ramai.
    Sungguh buruk kesannya sehingga tabiat ini memerlukan terapi untuk dirawat. kita sedia maklum bahawa membuang masa itu adalah sangat merugikan diri sendiri. Adakah teknolgi semata-mata mnyebabkan masalah ini? mungkin itu adalah penyebab, tetapi pada akhirnya perlu melihat kepada diri sendiri. Teknologi tercipta untuk kebaikan manusia, sebagai contoh penggunaan komputer masa kini amat penting untuk tugasan harian, penggunaan telefon bimbit utk membuat panggilan memdahkan kita utk berhubung secara jarak jauh.Contoh yang paling dekat adalah dengan terciptanya blogers2 dikalangan pelajar sr221 yang mencurahkan idea dan memberi pendapat tentang isu semasa ini semau asalah untuk pembelajaran. Nah..lihat ini semua kearah kebaikan, tetapi ia dimanupulasi oleh masyarakat yang tidak tahu menilai yang baik atau buruk. tidak dinafikan dengan wujudnya laman web tertentu yang mengasyikkan membuatkan masyarakat terpikat tetapi hendaklak berpada-pada bagi mengelakkan ketaksuban dan meyebabkan kita malas untuk melakukan perkara lain. Jika medium ini digunakan dengan betul tidak wujud sifat malas dalam diri kita.segala masa kita akan bahagi dengan secukupnya.Didalam Al-Quran telah menyebut didalam surah AL Asr '"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran". Jadi sama-sama lah kita renungkan dan selamat beramal......

    Sunday, July 20, 2008

    "Hero pun kene diselamatkan"

    personal brand image.........

    Baru-baru ini saya meluangkan mase hari minggu pergi menonton wayang di One Utama. Dari awal lagi dah plan dalam kepala nak tgk cerita ‘hancock’ sebab saya memang meminati hero cerita ni iaitu Will Smith. “HANCOCK”, adalah seorang John Hancock yg dilakonkan oleh Will smith, seorang superhero pemabuk yg sama sekali tidak ada sifat peduli kepada public, dia selalu menolong orang dengan caranya sendiri yg sangat berbahaya bagi orang-orang yg mahu ditolongnya, saat dia melalukan aksinya selalu menyebabkan kerosakan harta benda, tindakannya sangat dibenci masyarakat dan menyebabkan dia dikecam warga dunia.
    Personal Brand Image Hancock yg menyusahkan orang dan tak betul ni dikuatkan oleh video-video dia di YouTube, diantaranya yg rakaman beberapa saat setelah dia memadamkan kebakaran sebuah aprtmnt, dengan pakaian koyak rabak (terbakar) dan separuh bogel, kerana sebahagian belakang seluarnya tebakar, dia landing didepan kanak2 yg sedang membeli ice-cream (bad influence rite?). Kisah lainnya di YouTube rakaman video cara Hancock menyelamatkan ikan paus yg terdampar dipantai, dengan selambanya hancock melempar ikan paus itu ke tengah laut dan mengenai kapal layar yg tengah berlayar hingga tenggelam.
    Tingkah laku Hancock yg ikut suka ini, bersamaan dengan laporan media (TV, majalah) yg mempesebarkan sikap ini, ini membuat public semakin membenci Hancock. Sayangnya Hancock bukanlah jenis orang yang peduli kepada public.


    Emm macam mane ni? Sepatutnya dalam cerita superhero, biasanya mereka di pujai dan di alu alukan setiap masa. Sifat mereka seringkali menjadi teladan bagi masyarakat awam, suka menolong serta rela berkorban.
    Dalam filem Spiderman, ada sebuah nasihat“Bahawa didalam kekuatan yang hebat, terkandung kewajipan yang besar ”, itu adalah tanggungjawab wajib bagi superhero.
    Apa yg terjadi selanjutnya adalah ketika Hancock menyelamatkan dengan seorang eksekutif PR Ray Embrey (Jason Bateman), Ray berusaha membantu memulihkan Personal Image Brand Hancock, mengembalikan image seorang superhero yg seharusnya (dicintai dan disayangi warga dunia).
    Perubahan musti dilakukan, sifat, sikap dan gaya hidup Hancock harus berubah 100 peratus.
    Mulai dari menghilangkan kebiasaan minum minuman keras hingga segi pakaian Hancock. Tingkah laku Hancock selanjutnya harus berubah, walaupun berat, namun dalam proses perubahan ia menampak kan pekara yang positif bagi brand image Hancock. Tv, majalah dan YouTube mulai siarkan berita-berita positif tentang brand image Hancock yg baru.
    Dari filem Hancock, saya mengambil beberapa kesimpulan untuk kebaikan Personal Branding Image:
    1. Peliharalah brand image kita dengan baik, jangan sampai audience/market kita menerima brand image yg salah mengenai kita. Jangan seperti Hancock yg dulu, seorang superhero yang dibenci masyarakat, jadilah Hancock seorang superhero pembela kebenaran yg dicintai warga dunia.
    2. Jangan abaikan penyiaran tentang brand kita di media (cetak, TV, radio) dan Internet(YouTube, Facebook, Myspace,Friendster dll), pastikan berita yg keluar sesuai dengan message yg kita sebarkan, bila tidak sesuai, secepatnya lakukanlah pembetulan. Kerana Media kita boleh Berjaya dan kerana ia juga boleh jatuh.
    3. Apabila brand image kita sudah sesuai dengan original message dari kita, maka buatlah pasaran percaya bahwa kewujudan kita , dengan adanya bukti-bukti yg sahih.
    Jadi, apakah personal brand image anda telah sesuai dengan tujuan utama anda? Emm fikir la same2…



    bukan tak boleh..boleh pon

    utusan

    kejohanan badminton remaja Asia dah pon sampi ke kemuncak, dimana beregu negara Mak Hee Chun-Teo Kok Siang layak ke peringkat akhir. siapa kata badminton negara tiada pelapis? biarpun dalam acara regu sekurang kurangnya ada pemain yg akan mengisi kekosongan beregu veteren satu hari nanti. diperingkat ini lah sepatutnya para persatuan melihat dan membuat penilaian tentang pemain muda negara. boleh dikatakan sukan badminton adalah sukan kedua yang paling diminati rakyat negara ini kerana dari segi pencapaian Malaysia dlm sukan ini boleh dibanggakan.


    Biarpun pada peringkat kejohanan Remaja persatuan yang berkenaan hendaklah mengambil berat setiap aspek bagi menambahkan lagi kesungguhan pemain. Pada pandangan saya beregu muda ini mempunyai masa depan yang cerah memandangkan dalam kejohanan ini pun mereka diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan. menyingkap sejarah badminton pada masa lalu memang seronok dan teruja untuk memperkatakannya lebih2 lagi pada era anak2 sidek dan zaman dato P.Gunalan. Tetapi itu hanya sejarah yang perlu dijadikan pendorong semangat kepada atlet muda negara. Apa yang penting prestasi masa kini perlu di pertingkatkan untuk negara menjadi agung semula dalam sukan yang kita sendiri pelopori ini. kepada beregu negara Hee Chun-Teo Kok Siang semoga berjaya pada perlawanan hari ini...Come on support our athlet guys!!!








    Link



    Friday, July 18, 2008

    bertanding di China berlatih di Jepun. kenape ek?

    the star online

    Masyarakat dunia sedia maklum bahawa sukan olimpik akan berlangsung tidak lama lagi. kebiasaannya wakil dari setiap negara bertanding akan tiba awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran tuan rumah. dalam pada yang sama tiba awal untuk mengenali selok belok kawasan pertandingan. Tetapi lain pula jadinya pada kali ini, Olimpik di Beijing tetapi kebanyakan negara mengambil inisiatif lain untuk membuat latihan. menurut artikal yang saya petik dari the star online dimana sebanyak 20 negara bertanding membuat persiapan dan latihan di Jepun. kenapa mereka memilih jepun? kenapa tidak pergi saja ke China? lagi memudahkan mereka untuk membuat persiapan.

    Ini kerana masalah pencemaran udara di china adalah salah satu faktor dimana mereka memilih Jepun sebagai training ground mereka. Jepun mengambil peluang itu untuk mempromosi negara mereka. Di Jepun Badarayanya bersih, kurang pencemaran dan penyediaan makanan mereka yang bersih adalah antara faktor dimana negara negara bertanding berkampung disana.

    keadaan faciliti yang lengkap dan juga bertaraf antarabangsa juga adalah faktor pendorong. sesetengah bandar di jepun menyediakan kemudaha sukan yang mengikut standard antarabangsa seperti di Bandar Komatsu.Review ini bukanlah untuk menkondem China selaku tuan rumah olimpik tetapi selagi masyarakatnya tidak berubah dari melakukan pencemaran selagi itulah mereka akan kerugian dari pelbagai aspek.

    Janganlah berhenti melakukan pencemaran semata-mata kerana adanya sukan Olimpik dan selepas semuanya selesai masalah yang sama berlaku semula. jika itu berlaku mereka hanya bersifat hipokrit., harap-harap berterusan untuk dunia yang lebih bersih dan tiada pencemaran. Peace!


    Thursday, July 17, 2008

    Kekurangan Lelaki Di IPTA: Di Mana Silapnya?

    .

    Baru- baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan fenomena kurangnya pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Hakikatnya, situasi sebegini merupakan suatu situasi yang tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ia sentiasa menjadi topik perbualan hangat di mana- mana.Antara faktor- faktor yang menyumbang ke arah masalah ini ialah kurangnya kesedaran di kalangan pelajar lelaki dan ibu bapa tentang betapa pentingnya pelajaran itu. Maklumlah IPTA merupakan tempat pengajian bagi pelajar lepasan sekolah menengah.Kalau di bangku sekolah lagi ibu bapa tidak mengambil berat akan prestasi pelajaran anak mereka, secara tidak langsung golongan pelajar ini mempunyai masa depan yang kelam untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Malah, sifat semulajadi lelaki yang lambat matang, degil dan berdarah “muda” mengakibatkan mereka lebih mudah terjebak di dalam gejala sosial jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Apa yang menyedihkan, setiap tahun jumlah penghuni di semua pusat serenti di Malaysia meningkat dan golongan pemuda yang mendominasi tempat- tempat pemulihan ini. Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak lelaki turut menyumbang kepada kekurangan lelaki di IPTA. Ada sesetengah ibu bapa lebih merisaukan masa depan anak perempuan berbanding anak lelaki.
    Mereka beranggapan anak lelaki pandai berdikari apabila mereka dewasa nanti tetapi anak perempuan perlu diberikan pendidikan yang lebih berbanding anak lelaki kerana takut mereka tidak akan kahwin dan bakal menjadi bahan mengumpat masyarakat setempat di masa akan datang.Kalau beginilah mentaliti masyarakat zaman sekarang, menjadi satu kepastian golongan lelaki akan mundur di belakang kerana kesalahan terletak juga di bahu ibu bapa mereka. Adalah suatu yang sia- sia sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia merombak sistem pelajaran yang sedia ada ke arah teknik mengasah minda dan berfikir sekiranya pelajar lelaki tidak mahu mengubah diri mereka untuk berlumba- lumba memburu kejayaan. Di era moden ini, pelajar lelaki perlu mengubah sikap mereka kepada melakukan sesuatu yang positif, menetapkan matlamat untuk berjaya, berfikiran kreatif dan berdisplin untuk menimba ilmu.
    Islam menegaskan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum tersebut tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. Selagi masalah ini tidak diatasi secepat mungkin, saya bimbang golongan lelaki akan mengambil alih kerja wanita manakala golongan wanita pula akan menjadi pemimpin di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Lelaki merupakan aset negara yang penting dan mereka bakal menjadi pemimpin di masa depan. Seperti kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tetapi kalau majoriti lelaki tidak berkualiti, adalah suatu jaminan Malaysia akan diperintah oleh kaum Hawa suatu hari nanti

    Lumpuh Bukan Penghalang


    Ogos makin tiba. setiap pelusuk negara dan juga di media media sudah sibuk memperkatakan tentang sukan Olimpik Beijing. Dari segi persiapan para atlet, persedian tuan rumah, persediaan wakil wakil media negara malahan menjadi topik perbincangan didalam bilik kuliah. Jika ada sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa sukan olimpik pasti ramai yang tahu tentang kisah seorang perenang Amerika Selatan yang KUDUNG sebelah kakinya tetapi layak ke sukan Olimpik!

    Menjadi seorang cacat anggota, berenang untuk sentiasa cergas dan menyertai sukan lumba renang , itulah Natalie Du Toit.Saya begitu tetarik dengan kisahnya apabila saya membaca artikel tentang perenang cacat anggota Amerika Selatan ini yang layak ke Olympik Beijing dalam acara 10km ows. Natalie hilang sebelah kakinya selepas terlibat dalam satu kemalanganpada 2001, dengan keaadaan fizikal yang tak mencukupi bayangkanlah seorang manusia dapat berenang dan memiliki tenaga setanding dengan orang normal. Mungkin ada orang yang berpendapat dia pernah normal sebelum ini sebab itu kudrat dan tenaganya sama seperti orang normal? Kita dapat lihat byk kisah atlet yang mengalami kemalangan kerjaya mereka tekubur disebabkan kecedaraan. Tetapi tidak bagi Natalie, selepas mengalami kemalangan yang serius dia bertekad utk berlatih lagi dan bertanding dalam sukan paralimpik.hasilnya? Success succes!!!. Dan dia membuktikan selagi lagi bahawa kecatatan bukan penghalang setelah berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik.

    kesungguhan ,kecekalan diri dan kekuatan mental Natalie harus dicontohi semua, tidak kira dikalangan orang biasa mahu pun atlet (terutamanya atlet malaysia). Saya tidak melebelkan Natalie sebagai orang kurang upaya kerana dia mempunyai keupayaan lebih dari orang normal. Kecacatan bukan penghalang,kecacatan bukan alasan untuk lemah semangat. Manusia akan menyalahkan takdir apabila ditimpa musibah tanpa mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Kesimpulannya jangan mudah patah semangat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri supaya apa yang di idamkan akan digenggam satu hari nanti. Pada pendapat saya kisah Natalie ini amat sesuai sebagai pembangkit semangat kpd orang kurang upaya dan juga para atlet. Mungkin satu hari pihak Majlis Sukan Negara(MSN) akan menjemput Natalie keMalaysia untuk berkongsi pengalaman? membuat sesi motivasi kepada atlet2 nagara? Kita tunggu dan lihat


    Today I woke up...

    video