Sunday, July 20, 2008

bukan tak boleh..boleh pon

utusan

kejohanan badminton remaja Asia dah pon sampi ke kemuncak, dimana beregu negara Mak Hee Chun-Teo Kok Siang layak ke peringkat akhir. siapa kata badminton negara tiada pelapis? biarpun dalam acara regu sekurang kurangnya ada pemain yg akan mengisi kekosongan beregu veteren satu hari nanti. diperingkat ini lah sepatutnya para persatuan melihat dan membuat penilaian tentang pemain muda negara. boleh dikatakan sukan badminton adalah sukan kedua yang paling diminati rakyat negara ini kerana dari segi pencapaian Malaysia dlm sukan ini boleh dibanggakan.


Biarpun pada peringkat kejohanan Remaja persatuan yang berkenaan hendaklah mengambil berat setiap aspek bagi menambahkan lagi kesungguhan pemain. Pada pandangan saya beregu muda ini mempunyai masa depan yang cerah memandangkan dalam kejohanan ini pun mereka diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan. menyingkap sejarah badminton pada masa lalu memang seronok dan teruja untuk memperkatakannya lebih2 lagi pada era anak2 sidek dan zaman dato P.Gunalan. Tetapi itu hanya sejarah yang perlu dijadikan pendorong semangat kepada atlet muda negara. Apa yang penting prestasi masa kini perlu di pertingkatkan untuk negara menjadi agung semula dalam sukan yang kita sendiri pelopori ini. kepada beregu negara Hee Chun-Teo Kok Siang semoga berjaya pada perlawanan hari ini...Come on support our athlet guys!!!








Link



1 comment:

aiShaH said...

Pelapis mmg sangat penting .. yg ada masih tidak mengcukupi.. so kena banyakkan lagi program utk mencari bakat2 baru..
tapi yg payahnya bila nak cari bakat baru ni budget yg tinggi diperlukan..untuk proses pemilihan dijalankan