Tuesday, July 29, 2008

Selamat Berjuang!!

Sebagai peminat bola sepak, saya begitu teruja menantikan kemunculan pasukan bola sepak terkemuka Eropah iaitu Chelsea ke Malaysia Malam ini. Kehadiran mereka memberi peluang kepada peminat-peminat pasukan tersebut melihat kelibat bintang-bintang mereka dari dekat.Apa yang mengagumkan mereka ialah mutu permainan bola sepak di Eropah yang nyata lebih memikat dan menghiburkan. Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan Chelsea datang ke sini walaupun pada awalnya timbul kontroversi.Walaupun bukan penyokong pasukan Chelsea, namun saya tetap akan menonton perlawanan tersebut biarpun dikaca tv. Namun begitu, jauh di sudut hati saya amat risau dengan persediaan skuad negara untuk berhadapan dengan lawan yang nyata sekali bukan tandingan ini.Apatah lagi dengan kegugupan pasukan Malaysia berdepan India tempoh hari dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 1-1, itupun jaringan lewat permainan menerusi sepakan penalti.Untuk perlawanan menentang Chelsea ini, saya berharap FAM dapat merangka strategi yang mantap dan menurunkan hanya pemain-pemain yang berkualiti yang kita ada. Tak perlulah saya sebutkan nama-nama mereka di sini. Perlu diingat, anda akan berhadapan dengan pasukan yang berstatus lima bintang dan berkelas dunia. Ambil peluang ini sebagai pendedahan kepada pemain mempamerkan karisma dan sikap juang yang tinggi demi negara. Adalah sesuatu yang memalukan dan amat malang sekali sekiranya kita menganggap perlawanan ini sekadar suka-suka. Ini bukanlah perlawanan pemanas badan menjelang pembukaan musim baru liga Inggeris yang pertama, pada tahun 2001 semasa kunjungan Manchester United ke Malaysia, skuad negara tewas 0-6 sedangkan pasukan negara jiran, Thailand hanya tewas 1-2, itupun pasukan dari Eropah tersebut terpaksa bergelut sebelum menang.Perlawanan seperti itulah yang kita mahu lihat, bukan membiarkan pasukan pelawat memperbudak-budakkan kita.Tolonglah, jangan jadikan Malaysia sebagai pasukan belasahan walaupun kita sedar kualiti pemain-pemain pasukan Chelsea berstatus bintang. Berikan saingan kepada mereka, jangan biarkan mereka mudah mengawal permainan di padang.Jika dilihat dari keputusan perlawanan yang diatur dalam kunjungan Chelsea ke Asia, mereka menang 4-0 dan 7-0 ke atas kelab dari Cina, saya tidak dapat menjangkakan nasib skuad negara nanti. Walaupun saya tidak menjangkakan keputusan yang mengejutkan ke atas Chelsea, sekurang-kurangnya saya amat berharap skuad negara turun dengan semangat juang yang tinggi dan mereka perlu menjaga imej negara. Kepada peminat-peminat bola sepak tanah air, marilah kita menyokong pasukan negara beraksi. Baik buruknya Malaysia adalah pasukan kita. Selamat berjuang!

bahasa melayu bahasa kedua??


Mengapa rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan mereka lahir,membesar dan mendapat semua manfaat kehidupan di tanah air tercinta ini.Saya kadang-kadang terfikir juga, mengapa orang Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia, lebih fasih berbahasa Melayu berbanding dengan orang yang lahir di Malaysia dan marah pula jika dikatakan tidak sayangkan negara. Tambahan pula sekarang isu papan tanda yang mempunyai pelbagai bahasa pula dikatakan perlu kerana memberikan penghormatan kepada kaum-kaum lain.Adakah penghormatan kaum itu terletak pada bahasa di papan tanda? Apa rasionalnya maka kita memerlukan bahasa pelbagai di papan tanda?Apakah rakyat Malaysia kini sudah kembali ke zaman sebelum merdeka yang masih buta huruf atau hanya pandai berbahasa ibunda sahaja?Sekarang pun bahasa Melayu sudah tidak dianggap relevan dalam banyak perkara walaupun masih digunakan dalam sistem pendidikan. Malah remaja zaman sekarang boleh bertekak dengan kita mengatakan dia masih boleh hidup selesa di Malaysia walaupun tidak pandai berbahasa Melayu.Lihatlah risalah-risalah yang terdapat di agensi-agensi termasuk agensi kerajaan, juga mengunakan lebih daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Begitu juga di kaunter, malah perkataan farmasi di klinik diletakkan dalam pelbagai bahasa. Apakah pesakit tidak tahu itu adalah farmasi jika hanya ditulis dalam bahasa Melayu? Jika semua bahasa perlu digunakan dalam semua perkara untuk menunjukkan penghormatan, untuk apa Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan? Ramai yang marah apabila bahasa dikaitkan dengan patriotisme tetapi apakah bahasa tiada kaitan dengan patriotisme?Pengetahuan lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan jika tidak dijadikan bahan politik atau permasalahan.Keterbukaan itu perlu tidak salah menggunakan bahasa asing, tetapi janganlah sampai bahasa negara kita sendiri, jatidiri kita sendiri dipinggirkan. 'Roots' itu perlu ada dan kita harus berbangga dengan bahasa kita. Jadi renung2kan dan selamat beramalll....

p/s-terpengun dan tetarik ketika menonton rancangan majalah3 yang membuat liputan tentang pelajar2 korea mengambil matapelajaran Bahasa Melayu, fasih..siap ada debat sekali..orang korea tu?!!


Tuesday, July 22, 2008

Teknologi Punca Malas

Buang masa depan komputer? buang masa dengan telefon bimbit? semuanya tentang membuang masa, membuang masa adalah salah astu tingkah laku yang yang menjadi tabiat buruk masyarakat ketika ini.Dipetik dari Berita Harian Online "Satu kajian baru mendakwa, seorang setiap lima orang kini mempunyai masalah itu pada tahap teruk sehingga mengancam karier, hubungan peribadi dan kesihatan mereka."
Ramai penyelidik menyalahkan teknologi komputer dan telefon bimbit atas masalah itu kerana menjadi punca mencetuskan banyak gangguan kepada orang ramai.
Sungguh buruk kesannya sehingga tabiat ini memerlukan terapi untuk dirawat. kita sedia maklum bahawa membuang masa itu adalah sangat merugikan diri sendiri. Adakah teknolgi semata-mata mnyebabkan masalah ini? mungkin itu adalah penyebab, tetapi pada akhirnya perlu melihat kepada diri sendiri. Teknologi tercipta untuk kebaikan manusia, sebagai contoh penggunaan komputer masa kini amat penting untuk tugasan harian, penggunaan telefon bimbit utk membuat panggilan memdahkan kita utk berhubung secara jarak jauh.Contoh yang paling dekat adalah dengan terciptanya blogers2 dikalangan pelajar sr221 yang mencurahkan idea dan memberi pendapat tentang isu semasa ini semau asalah untuk pembelajaran. Nah..lihat ini semua kearah kebaikan, tetapi ia dimanupulasi oleh masyarakat yang tidak tahu menilai yang baik atau buruk. tidak dinafikan dengan wujudnya laman web tertentu yang mengasyikkan membuatkan masyarakat terpikat tetapi hendaklak berpada-pada bagi mengelakkan ketaksuban dan meyebabkan kita malas untuk melakukan perkara lain. Jika medium ini digunakan dengan betul tidak wujud sifat malas dalam diri kita.segala masa kita akan bahagi dengan secukupnya.Didalam Al-Quran telah menyebut didalam surah AL Asr '"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran". Jadi sama-sama lah kita renungkan dan selamat beramal......

Sunday, July 20, 2008

"Hero pun kene diselamatkan"

personal brand image.........

Baru-baru ini saya meluangkan mase hari minggu pergi menonton wayang di One Utama. Dari awal lagi dah plan dalam kepala nak tgk cerita ‘hancock’ sebab saya memang meminati hero cerita ni iaitu Will Smith. “HANCOCK”, adalah seorang John Hancock yg dilakonkan oleh Will smith, seorang superhero pemabuk yg sama sekali tidak ada sifat peduli kepada public, dia selalu menolong orang dengan caranya sendiri yg sangat berbahaya bagi orang-orang yg mahu ditolongnya, saat dia melalukan aksinya selalu menyebabkan kerosakan harta benda, tindakannya sangat dibenci masyarakat dan menyebabkan dia dikecam warga dunia.
Personal Brand Image Hancock yg menyusahkan orang dan tak betul ni dikuatkan oleh video-video dia di YouTube, diantaranya yg rakaman beberapa saat setelah dia memadamkan kebakaran sebuah aprtmnt, dengan pakaian koyak rabak (terbakar) dan separuh bogel, kerana sebahagian belakang seluarnya tebakar, dia landing didepan kanak2 yg sedang membeli ice-cream (bad influence rite?). Kisah lainnya di YouTube rakaman video cara Hancock menyelamatkan ikan paus yg terdampar dipantai, dengan selambanya hancock melempar ikan paus itu ke tengah laut dan mengenai kapal layar yg tengah berlayar hingga tenggelam.
Tingkah laku Hancock yg ikut suka ini, bersamaan dengan laporan media (TV, majalah) yg mempesebarkan sikap ini, ini membuat public semakin membenci Hancock. Sayangnya Hancock bukanlah jenis orang yang peduli kepada public.


Emm macam mane ni? Sepatutnya dalam cerita superhero, biasanya mereka di pujai dan di alu alukan setiap masa. Sifat mereka seringkali menjadi teladan bagi masyarakat awam, suka menolong serta rela berkorban.
Dalam filem Spiderman, ada sebuah nasihat“Bahawa didalam kekuatan yang hebat, terkandung kewajipan yang besar ”, itu adalah tanggungjawab wajib bagi superhero.
Apa yg terjadi selanjutnya adalah ketika Hancock menyelamatkan dengan seorang eksekutif PR Ray Embrey (Jason Bateman), Ray berusaha membantu memulihkan Personal Image Brand Hancock, mengembalikan image seorang superhero yg seharusnya (dicintai dan disayangi warga dunia).
Perubahan musti dilakukan, sifat, sikap dan gaya hidup Hancock harus berubah 100 peratus.
Mulai dari menghilangkan kebiasaan minum minuman keras hingga segi pakaian Hancock. Tingkah laku Hancock selanjutnya harus berubah, walaupun berat, namun dalam proses perubahan ia menampak kan pekara yang positif bagi brand image Hancock. Tv, majalah dan YouTube mulai siarkan berita-berita positif tentang brand image Hancock yg baru.
Dari filem Hancock, saya mengambil beberapa kesimpulan untuk kebaikan Personal Branding Image:
1. Peliharalah brand image kita dengan baik, jangan sampai audience/market kita menerima brand image yg salah mengenai kita. Jangan seperti Hancock yg dulu, seorang superhero yang dibenci masyarakat, jadilah Hancock seorang superhero pembela kebenaran yg dicintai warga dunia.
2. Jangan abaikan penyiaran tentang brand kita di media (cetak, TV, radio) dan Internet(YouTube, Facebook, Myspace,Friendster dll), pastikan berita yg keluar sesuai dengan message yg kita sebarkan, bila tidak sesuai, secepatnya lakukanlah pembetulan. Kerana Media kita boleh Berjaya dan kerana ia juga boleh jatuh.
3. Apabila brand image kita sudah sesuai dengan original message dari kita, maka buatlah pasaran percaya bahwa kewujudan kita , dengan adanya bukti-bukti yg sahih.
Jadi, apakah personal brand image anda telah sesuai dengan tujuan utama anda? Emm fikir la same2…



bukan tak boleh..boleh pon

utusan

kejohanan badminton remaja Asia dah pon sampi ke kemuncak, dimana beregu negara Mak Hee Chun-Teo Kok Siang layak ke peringkat akhir. siapa kata badminton negara tiada pelapis? biarpun dalam acara regu sekurang kurangnya ada pemain yg akan mengisi kekosongan beregu veteren satu hari nanti. diperingkat ini lah sepatutnya para persatuan melihat dan membuat penilaian tentang pemain muda negara. boleh dikatakan sukan badminton adalah sukan kedua yang paling diminati rakyat negara ini kerana dari segi pencapaian Malaysia dlm sukan ini boleh dibanggakan.


Biarpun pada peringkat kejohanan Remaja persatuan yang berkenaan hendaklah mengambil berat setiap aspek bagi menambahkan lagi kesungguhan pemain. Pada pandangan saya beregu muda ini mempunyai masa depan yang cerah memandangkan dalam kejohanan ini pun mereka diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan. menyingkap sejarah badminton pada masa lalu memang seronok dan teruja untuk memperkatakannya lebih2 lagi pada era anak2 sidek dan zaman dato P.Gunalan. Tetapi itu hanya sejarah yang perlu dijadikan pendorong semangat kepada atlet muda negara. Apa yang penting prestasi masa kini perlu di pertingkatkan untuk negara menjadi agung semula dalam sukan yang kita sendiri pelopori ini. kepada beregu negara Hee Chun-Teo Kok Siang semoga berjaya pada perlawanan hari ini...Come on support our athlet guys!!!








Link



Friday, July 18, 2008

bertanding di China berlatih di Jepun. kenape ek?

the star online

Masyarakat dunia sedia maklum bahawa sukan olimpik akan berlangsung tidak lama lagi. kebiasaannya wakil dari setiap negara bertanding akan tiba awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran tuan rumah. dalam pada yang sama tiba awal untuk mengenali selok belok kawasan pertandingan. Tetapi lain pula jadinya pada kali ini, Olimpik di Beijing tetapi kebanyakan negara mengambil inisiatif lain untuk membuat latihan. menurut artikal yang saya petik dari the star online dimana sebanyak 20 negara bertanding membuat persiapan dan latihan di Jepun. kenapa mereka memilih jepun? kenapa tidak pergi saja ke China? lagi memudahkan mereka untuk membuat persiapan.

Ini kerana masalah pencemaran udara di china adalah salah satu faktor dimana mereka memilih Jepun sebagai training ground mereka. Jepun mengambil peluang itu untuk mempromosi negara mereka. Di Jepun Badarayanya bersih, kurang pencemaran dan penyediaan makanan mereka yang bersih adalah antara faktor dimana negara negara bertanding berkampung disana.

keadaan faciliti yang lengkap dan juga bertaraf antarabangsa juga adalah faktor pendorong. sesetengah bandar di jepun menyediakan kemudaha sukan yang mengikut standard antarabangsa seperti di Bandar Komatsu.Review ini bukanlah untuk menkondem China selaku tuan rumah olimpik tetapi selagi masyarakatnya tidak berubah dari melakukan pencemaran selagi itulah mereka akan kerugian dari pelbagai aspek.

Janganlah berhenti melakukan pencemaran semata-mata kerana adanya sukan Olimpik dan selepas semuanya selesai masalah yang sama berlaku semula. jika itu berlaku mereka hanya bersifat hipokrit., harap-harap berterusan untuk dunia yang lebih bersih dan tiada pencemaran. Peace!


Thursday, July 17, 2008

Kekurangan Lelaki Di IPTA: Di Mana Silapnya?

.

Baru- baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan fenomena kurangnya pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Hakikatnya, situasi sebegini merupakan suatu situasi yang tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ia sentiasa menjadi topik perbualan hangat di mana- mana.Antara faktor- faktor yang menyumbang ke arah masalah ini ialah kurangnya kesedaran di kalangan pelajar lelaki dan ibu bapa tentang betapa pentingnya pelajaran itu. Maklumlah IPTA merupakan tempat pengajian bagi pelajar lepasan sekolah menengah.Kalau di bangku sekolah lagi ibu bapa tidak mengambil berat akan prestasi pelajaran anak mereka, secara tidak langsung golongan pelajar ini mempunyai masa depan yang kelam untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Malah, sifat semulajadi lelaki yang lambat matang, degil dan berdarah “muda” mengakibatkan mereka lebih mudah terjebak di dalam gejala sosial jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Apa yang menyedihkan, setiap tahun jumlah penghuni di semua pusat serenti di Malaysia meningkat dan golongan pemuda yang mendominasi tempat- tempat pemulihan ini. Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak lelaki turut menyumbang kepada kekurangan lelaki di IPTA. Ada sesetengah ibu bapa lebih merisaukan masa depan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Mereka beranggapan anak lelaki pandai berdikari apabila mereka dewasa nanti tetapi anak perempuan perlu diberikan pendidikan yang lebih berbanding anak lelaki kerana takut mereka tidak akan kahwin dan bakal menjadi bahan mengumpat masyarakat setempat di masa akan datang.Kalau beginilah mentaliti masyarakat zaman sekarang, menjadi satu kepastian golongan lelaki akan mundur di belakang kerana kesalahan terletak juga di bahu ibu bapa mereka. Adalah suatu yang sia- sia sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia merombak sistem pelajaran yang sedia ada ke arah teknik mengasah minda dan berfikir sekiranya pelajar lelaki tidak mahu mengubah diri mereka untuk berlumba- lumba memburu kejayaan. Di era moden ini, pelajar lelaki perlu mengubah sikap mereka kepada melakukan sesuatu yang positif, menetapkan matlamat untuk berjaya, berfikiran kreatif dan berdisplin untuk menimba ilmu.
Islam menegaskan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum tersebut tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. Selagi masalah ini tidak diatasi secepat mungkin, saya bimbang golongan lelaki akan mengambil alih kerja wanita manakala golongan wanita pula akan menjadi pemimpin di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Lelaki merupakan aset negara yang penting dan mereka bakal menjadi pemimpin di masa depan. Seperti kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tetapi kalau majoriti lelaki tidak berkualiti, adalah suatu jaminan Malaysia akan diperintah oleh kaum Hawa suatu hari nanti

Lumpuh Bukan Penghalang


Ogos makin tiba. setiap pelusuk negara dan juga di media media sudah sibuk memperkatakan tentang sukan Olimpik Beijing. Dari segi persiapan para atlet, persedian tuan rumah, persediaan wakil wakil media negara malahan menjadi topik perbincangan didalam bilik kuliah. Jika ada sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa sukan olimpik pasti ramai yang tahu tentang kisah seorang perenang Amerika Selatan yang KUDUNG sebelah kakinya tetapi layak ke sukan Olimpik!

Menjadi seorang cacat anggota, berenang untuk sentiasa cergas dan menyertai sukan lumba renang , itulah Natalie Du Toit.Saya begitu tetarik dengan kisahnya apabila saya membaca artikel tentang perenang cacat anggota Amerika Selatan ini yang layak ke Olympik Beijing dalam acara 10km ows. Natalie hilang sebelah kakinya selepas terlibat dalam satu kemalanganpada 2001, dengan keaadaan fizikal yang tak mencukupi bayangkanlah seorang manusia dapat berenang dan memiliki tenaga setanding dengan orang normal. Mungkin ada orang yang berpendapat dia pernah normal sebelum ini sebab itu kudrat dan tenaganya sama seperti orang normal? Kita dapat lihat byk kisah atlet yang mengalami kemalangan kerjaya mereka tekubur disebabkan kecedaraan. Tetapi tidak bagi Natalie, selepas mengalami kemalangan yang serius dia bertekad utk berlatih lagi dan bertanding dalam sukan paralimpik.hasilnya? Success succes!!!. Dan dia membuktikan selagi lagi bahawa kecatatan bukan penghalang setelah berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik.

kesungguhan ,kecekalan diri dan kekuatan mental Natalie harus dicontohi semua, tidak kira dikalangan orang biasa mahu pun atlet (terutamanya atlet malaysia). Saya tidak melebelkan Natalie sebagai orang kurang upaya kerana dia mempunyai keupayaan lebih dari orang normal. Kecacatan bukan penghalang,kecacatan bukan alasan untuk lemah semangat. Manusia akan menyalahkan takdir apabila ditimpa musibah tanpa mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Kesimpulannya jangan mudah patah semangat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri supaya apa yang di idamkan akan digenggam satu hari nanti. Pada pendapat saya kisah Natalie ini amat sesuai sebagai pembangkit semangat kpd orang kurang upaya dan juga para atlet. Mungkin satu hari pihak Majlis Sukan Negara(MSN) akan menjemput Natalie keMalaysia untuk berkongsi pengalaman? membuat sesi motivasi kepada atlet2 nagara? Kita tunggu dan lihat


Today I woke up...

video


Tuesday, July 15, 2008

1..2..3 Go

assallamualaikum,
beserta salawat keatas nabi s.a.w

tercipta satu lagi blog hady husainy husin. sebelom ni ade kat myspace dan friendster dan dengan ade nyer subjek media relation ni maka dengan hati yang agak teruje nak explore dan letak macam idea review dan macam2 lagi la utk dikongsi bersama rakan2 dan juga untuk MARKAH.hehe. have a lot of thing to explore and share. semoga dengan tercipta blog ni bertambah lagi ilmu dan pembelajaran melalui alam cyber dan teknologi terkini kejayaan semakin hampiri..(cewah cam lagu plak) ape2 pon timas kepada puan siti aishah..dan rakan2 klas. insyaallah semua 'A' subjek ni. "boleh kan puan?" hehe..

yang buruk dtg dri kesilapan saya sendiri yang baik semuanya dari Allah SWT.

wsalam..

p/s-out of topic