Tuesday, July 29, 2008

bahasa melayu bahasa kedua??


Mengapa rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan mereka lahir,membesar dan mendapat semua manfaat kehidupan di tanah air tercinta ini.Saya kadang-kadang terfikir juga, mengapa orang Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia, lebih fasih berbahasa Melayu berbanding dengan orang yang lahir di Malaysia dan marah pula jika dikatakan tidak sayangkan negara. Tambahan pula sekarang isu papan tanda yang mempunyai pelbagai bahasa pula dikatakan perlu kerana memberikan penghormatan kepada kaum-kaum lain.Adakah penghormatan kaum itu terletak pada bahasa di papan tanda? Apa rasionalnya maka kita memerlukan bahasa pelbagai di papan tanda?Apakah rakyat Malaysia kini sudah kembali ke zaman sebelum merdeka yang masih buta huruf atau hanya pandai berbahasa ibunda sahaja?Sekarang pun bahasa Melayu sudah tidak dianggap relevan dalam banyak perkara walaupun masih digunakan dalam sistem pendidikan. Malah remaja zaman sekarang boleh bertekak dengan kita mengatakan dia masih boleh hidup selesa di Malaysia walaupun tidak pandai berbahasa Melayu.Lihatlah risalah-risalah yang terdapat di agensi-agensi termasuk agensi kerajaan, juga mengunakan lebih daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Begitu juga di kaunter, malah perkataan farmasi di klinik diletakkan dalam pelbagai bahasa. Apakah pesakit tidak tahu itu adalah farmasi jika hanya ditulis dalam bahasa Melayu? Jika semua bahasa perlu digunakan dalam semua perkara untuk menunjukkan penghormatan, untuk apa Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan? Ramai yang marah apabila bahasa dikaitkan dengan patriotisme tetapi apakah bahasa tiada kaitan dengan patriotisme?Pengetahuan lebih daripada satu bahasa adalah satu kelebihan jika tidak dijadikan bahan politik atau permasalahan.Keterbukaan itu perlu tidak salah menggunakan bahasa asing, tetapi janganlah sampai bahasa negara kita sendiri, jatidiri kita sendiri dipinggirkan. 'Roots' itu perlu ada dan kita harus berbangga dengan bahasa kita. Jadi renung2kan dan selamat beramalll....

p/s-terpengun dan tetarik ketika menonton rancangan majalah3 yang membuat liputan tentang pelajar2 korea mengambil matapelajaran Bahasa Melayu, fasih..siap ada debat sekali..orang korea tu?!!


No comments: