Thursday, September 4, 2008

Naik satu pun ok...

Tertarik dengan artikel berita harian hari ini dimana menyatakan bahawa ranking FIFA yang terbaru menunjukkan Malaysia naik satu anak tangga. Biar pun hanya satu anak tangga saya berharap agar ini adalah titik permulaan perubahan. ketika bolasepak negara amat sunggul masa kini dan juga karenah-karenah orang tertentu di dalam persatuan amat sukar bagi Malaysia untuk melonjak sekurang-kurangnya antara top 100 ranking. Mampukah bolasepak negara mencapai angka itu? apakah dengan skaud negara masa kini kita boleh mengapai antara 100 terbaik? itu tidak mustahil jika persembahan di liga domestik dan pertandingan Antarabangsa kita mampu menyerlah dan memberi saingan. Sebagai rujukan dinyatakan bahawa ranking malaysia yang terbaik adalah pada tahun 1993 dimana Malaysia menduduki tangga ke-75. Tidak mustahil, ranking ke 75 antara beratus negara di dunia, itu cukup membanggakan.

Sampai bila kita harus bangga dengan sejarah masa lampau? menoleh kebelakang dan takut menghadapi masa depan? tepuk dada tanya lah selera. Kian hari semakin banyak negara yang permainan bola sepak bukan permainan nombor satu menunjukkan kebangkitan dan menjadi 'upset' kepada negara kuasa besar bola sepak dunia. Tanpa perancangan yang berkesan dan perangkaan yang mantap adakah target untuk melayakkan diri ke piala dunia 2022 menjadi kenyataan? sekali lagi persoalan itu bermain difikiran.

Jika dilihat dari aspek pembangunan kita dapat lihat semakin banyak akedemi bola sepak dan pusat-pusat latihan ditubuhkan. Tetapi apakah jaminan untuk bagi membuktikan keseua persatuan ini mementingkan pembangunan pemain dan bola sepak itu sendiri berbanding mengaut keuntungan dari segi bayaran dan juga politik.

Saya ingin melihat suatu hari nanti bendera Malaysia di kibarkan di Piala Dunia. Ingin merasakan bagaimana perasaan rakyat China yg begitu bersemangat ketika menyokong pasukan negara mereka di temasya itu. Kebanggaan, kemeriah, kesedihan, kegembiraan ketika melaungkan lagu semboyan telah berbunyi, bayangkan lah. Ini tidak mustahil, peningkatan demi peningkatan saban tahun akan memungkinkan perkara ini berlaku. Salam sayang pada skuad negara......





4 comments:

aironesalleh said...

for your info skunk malaysia di ranking yang ke 161(selepas naik 1 tangga... tapi masa kita darjah 1(1993) hebat juga pemain malaysia nie kan? x sangka.. harap prestasi pemain kita semakin mantap dan berusaha lebih..
kalau kita tengok spain
(1st ranking), disiplin pemain mmg berada di tahap yang amat tinggi dan lebih kurang 10/12 pemain mereka amat mementingkan masa untuk berlatih dan mereka juga ada semangat untuk melakukan yang terbaik daripada semalam...
lebih kurang 85% pemain sepanyol juga telah mengikuti kursus yang telah diiktirafkan oleh FIFA dan telah lulus mengikuti kursus untuk menjadikan mereka lebih mantap di padang malah di luar padang....
harap Malaysia team dapat menjadikan ini sebagai tunjuk ajar.. Majulah sukan untuk negara..

watch out!!!! said...

aku tak tau pon.....
aku biasanya tak tngok bola malaysi,
bukan aper, bak kata ayah aku,
tengok bola malaysia
nanti bukan aku yang tengok diarag main, tapi,
diarang yang tengok aku tdo,
he..........hee..
bukan tak sokong, tapi sedih tengik diarg main,
cm syok sndri,
but,
aku tertunggu2 la gak bila bola kita nak maju
maju lah sukan untuk negara!

aiShaH said...

Satu pun kira bagus.. sebab bukan mudah untuk naik memandang makin lama kita lihat makin merundum prestasi pasukan bola nie..persembahan mereka tidak menentu

Muhammad RELA said...

senang cerita, player kita takda pendidikan yg cukup.sbb tu tak cemerlang.hope naik 1 anak tangga akan jd nombor 1 dalam dunia pada masa akan datang.Malaysia boleh!!!