Thursday, July 17, 2008

Kekurangan Lelaki Di IPTA: Di Mana Silapnya?

.

Baru- baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan fenomena kurangnya pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Hakikatnya, situasi sebegini merupakan suatu situasi yang tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Ia sentiasa menjadi topik perbualan hangat di mana- mana.Antara faktor- faktor yang menyumbang ke arah masalah ini ialah kurangnya kesedaran di kalangan pelajar lelaki dan ibu bapa tentang betapa pentingnya pelajaran itu. Maklumlah IPTA merupakan tempat pengajian bagi pelajar lepasan sekolah menengah.Kalau di bangku sekolah lagi ibu bapa tidak mengambil berat akan prestasi pelajaran anak mereka, secara tidak langsung golongan pelajar ini mempunyai masa depan yang kelam untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Malah, sifat semulajadi lelaki yang lambat matang, degil dan berdarah “muda” mengakibatkan mereka lebih mudah terjebak di dalam gejala sosial jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Apa yang menyedihkan, setiap tahun jumlah penghuni di semua pusat serenti di Malaysia meningkat dan golongan pemuda yang mendominasi tempat- tempat pemulihan ini. Sikap sesetengah ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak lelaki turut menyumbang kepada kekurangan lelaki di IPTA. Ada sesetengah ibu bapa lebih merisaukan masa depan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Mereka beranggapan anak lelaki pandai berdikari apabila mereka dewasa nanti tetapi anak perempuan perlu diberikan pendidikan yang lebih berbanding anak lelaki kerana takut mereka tidak akan kahwin dan bakal menjadi bahan mengumpat masyarakat setempat di masa akan datang.Kalau beginilah mentaliti masyarakat zaman sekarang, menjadi satu kepastian golongan lelaki akan mundur di belakang kerana kesalahan terletak juga di bahu ibu bapa mereka. Adalah suatu yang sia- sia sekiranya Kementerian Pelajaran Malaysia merombak sistem pelajaran yang sedia ada ke arah teknik mengasah minda dan berfikir sekiranya pelajar lelaki tidak mahu mengubah diri mereka untuk berlumba- lumba memburu kejayaan. Di era moden ini, pelajar lelaki perlu mengubah sikap mereka kepada melakukan sesuatu yang positif, menetapkan matlamat untuk berjaya, berfikiran kreatif dan berdisplin untuk menimba ilmu.
Islam menegaskan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum tersebut tidak berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri. Selagi masalah ini tidak diatasi secepat mungkin, saya bimbang golongan lelaki akan mengambil alih kerja wanita manakala golongan wanita pula akan menjadi pemimpin di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Lelaki merupakan aset negara yang penting dan mereka bakal menjadi pemimpin di masa depan. Seperti kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tetapi kalau majoriti lelaki tidak berkualiti, adalah suatu jaminan Malaysia akan diperintah oleh kaum Hawa suatu hari nanti

2 comments:

wanismailcholan said...

syukur la aku merupakan kaum adam yang mampu bangkit mendaki menara gading,bukan tersungkur dilembah yang hina..amin.

aiShaH said...

Mmg jadi isu lelaki kurang di IPTA.. tapi masih tiada jawapan yg pasti ditemui..kita cuma buat andaian je.. so bolehla buat research lepas ni