Monday, February 23, 2009

Kenduri@Chenor

-Post kali ini aku cuba menggunakan bahasa baku-

14hb memang tiada apa apa makana bagi aku. Mungkin bagi sesetengah orang akan menyambutnya sebagai hari kekasih itu terpulang kepada hak masing-masing. aku tidak menentang mahupun menyokong. Itu terpulang kepada hak individu, tapi bg aku itu hanya adalah 14hb yang biasa sepertu bulan2 yang lain.Tetapi apa yang menariknya pada 14hb yang lalu adalah aku pulang ke Kampung ku di Chenor Pahang. Aku bertolak pada petang jumaat tepat jam 7pm. Perjalanan yang agak lancar, aku dan saudara aku yang bergegas dari UTP jemput aku di Shah Alam utk balik ke Chenor.

Apa yang menariknya balik kampung kali ni sebab ada kenduri bro izzard yang berlangsung di rumah nenek aku. Sebenarnya majlis kenduri ini adalah yang ketiga selepas 2 majlis yang dilangsung di Kuala Lumpur..(macam artist lak). Meriah memang meriah. Aku ditugaskan menyambut tetamu manakala sepupu aku sebagai jurukamera. Apa yang menariknya kenduri kali ni di datangi sekali lagi oleh Roslan Madun.Bagi yang tidak kenal Roslan Madun ni mungkin kenal dengan lagu rakyatnya seperti Lemak Manis( lagu mase aku g final camp kat kenyir sampai pagi nyanyi lagu ni memang penat tapi syok). Tambah lagi ada paluan gendang oleh Kumpulan Gerbang Silat Pesaka Pahang memang agak meriah. Dato Musataffa (to'ki aku) pon sama meriahkan majlis dgn paluan gendang yang dimainkan oleh beliau. Masa nilah aku bekesempatan berjumpa dgn saudara mara yang lama tak jumpa dan juga gadis-gadis yang diminati satu ketika dulu (haha sempat lagik).

Penat memang penat..tapi hari tak habis disitu...to be continue....-susah gak tulis baku ni-


Silat Pengantin..betoi idak buah tuh...hehe


Bro Izzard n Sis Aisyah


tok'Musatpo n Ruslan Madun


Urusetia tak terurus..haha

antara kezen2 ku..





No comments: