Thursday, August 14, 2008

Wira Kita Mara

setelah beberapa tahun menunggu.Setelah beberapa lama menghitung kini semuanya teletak ditangannya sendiri. Pingat sudah dalam genggaman, perak atau pun kilauan emas menjadi tanda tanya. Saya percaya seluruh malaysia berdebar debar menyaksikan perhitungan Lee Chong Wei pada separuh akhir semalam. Dia berjaya mara ke perlawanan akhir Olimpik kali ini selepas kecewa pada temasya yang sudah. kesungguhan? sudah tentu dengan kesungguhan beliau meletakkna beliau sebagai wira nombor satu negara.

Kini perhitungan terletak pada dirinya sendiri. beliau mengatakan bahawa ingin mencapai kepuasan peribadi. Ya, itu adalah tekadnya.Setelah berusaha keras selama ini bersama jurulatihnya Misbun Sidek munkin dia akan membuktikan sesuatu esok. RM1 juta atau RM3 ratus ribu? terletak ditangannya.Jika dilihat dan diteliti mungkin bukan itu yang dicari oleh Chong Wei, seperti katanya "Ganjaran kerajaan tidak pernah saya fikirkan sehingga kini kerana saya mengejar kepuasan peribadi.

"Saya pasti akan beraksi bermati-matian di final nanti," katanya yang mengakui lega bebanan besar yang ditanggungnya sudah berakhir sebaik mengesahkan tiket ke final selepas mengharungi perlawanan selama 62 minit itu.

harapan 25juta penduduk Malaysia. Hanya satu, kilauan Emas dibawa pulang. Kepada Lee Chong Wei semoga berjaya hendaknya esok!!







http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20080815234542/Article

Wednesday, August 13, 2008

'Siti' dan 'Fatimah' di Beijing

antara berita menarik dari Olimpik Beijing di Utusan Malaysia yang saya baca ialah mengenai 'Siti' dan 'Fatimah' iaitu jurubahasa-jurubahasa bahasa Melayu yang disediakan untuk pasukan Malaysia.

'Siti' dan 'Fatimah' ini bertutur dalam bahasa Malaysia bertaraf paling tinggi dengan susunan ayat dan nahunya.

Menariknya, Siti dan Fatimah ini bukan orang Melayu yang bekerja atau bermastautin di Beijing tetapi sebenarnya penuntut-penuntut pengajian bahasa di universiti yang dilatih khas untuk semua bahasa selama pesta Olimpik ini.

Di televisyen baru-baru ini kelihatan seorang anggota polis Beijing yang menjalani latihan khas untuk meneka bangsa dan bahasa pelawat ke Olimpik dan dia boleh bertutur lebih 10 bahasa asing.

Saya berani menyatakan khidmat Siti dan Fatimah jarang digunakan oleh pegawai dan ahli sukan Malaysia keturunan Cina kerana mereka tentu lebih selesa berbahasa Mandarin apatah lagi bahasa Malaysia mereka pun tidak sampai ke mana.

Di iklan-iklan televisyen, ahli-ahli sukan Malaysia bukan Melayu yang menyatakan kebanggaan mereka mewakili Malaysia kelihatan tidak selesa langsung menggunakan Bahasa Kebangsaan tetapi lebih selesa berbahasa Inggeris dan Mandarin.

Bagaimanapun, 'tanah air' ahli-ahli sukan yang kurang fasih berbahasa Malaysia ini terus mencurahkan wang yang begitu banyak untuk latihan dan hadiah-hadiah wang yang besar kalau mereka berjaya merangkul kejayaan.

Selain daripada menggunakan Olimpik Beijing 2008 yang dimulakan pada 8 Ogos lalu diharapkan membawa tuah kepada China dalam usaha baru nya untuk mengambil tempat yang lebih tinggi di persada politik dan ekonomi antarabangsa, Olimpik Beijing juga terus mendaulatkan Bahasa Mandarin.

Pemimpin-pemimpin China seperti Presiden Hu Jintao tetap mendaulatkan Mandarin di semua majlis Olimpik diikuti dengan bahasa-bahasa lain.

Kita percaya kebanyakan pemimpin dan para teknokrat China boleh berbahasa lain tetapi mereka tidak ghairah hendak menunjuk-nunjuk seperti pemimpin dan rakyat Malaysia yang sudah pun menjadikan bahasa Inggeris seperti bahasa ibunda mereka, kadang-kadang bahasa Inggeris yang digunakan pun bahasa Inggeris 'tidak betul'.

Kalau ditinjau di kem-kem Indonesia dan Thailand di Olimpik, para pegawai dan peserta Malaysia akan mendapati kesemuanya termasuk yang berketurunan China tetap berbahasa Indonesia dan Thai dengan bangganya dan akan menggunakan jurubahasa-jurubahasa Olimpik dengan sepenuh-penuhnya.

Itulah nasib Bahasa Kebangsaan.

Semakan harga petrol ringankan beban rakyat

Pengenalan harga runcit petrol baru bermula Jun lalu telah menjurus kepada penilaian harga yang berasaskan harga pasaran. Cadangan kerajaan menyemak harga pasaran petrol setiap bulan mungkin akan membuatkan harga petrol di Malaysia diturunkan bergantung kepada harga pasaran dunia.

Semakan ini secara langsung dapat meringankan beban rakyat dalam menghadapi musim perayaan yang akan menjelang dan pembukaan sesi persekolahan akan datang. Polisi ini mampu membawa kepada kebajikan rakyat dan mewujudkan kecekapan pengagihan sumber subsidi.

Namun, cadangan ini juga akan mewujudkan beberapa implikasi yang akan mempengaruhi corak pasaran petrol itu sendiri dan pasaran barang serta sektor perkhidmatan. Semakan harga yang dilakukan setiap bulan memungkinkan berlakunya kenaikan atau penurunan harga.

Penurunan harga sememangnya akan membantu mengurangkan beban rakyat, namun, sekiranya berlakunya kenaikan, kerajaan perlu memikirkan mekanisme sesuai bagi menangani isu kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol tersebut.

Dalam menangani kesan rantaian tersebut, kementerian perlu mengawal dan memantau peniaga-peniaga yang akan mengambil kesempatan pada kenaikan tersebut.

Pada pandangan saya, kaedah semakan harga bulanan tersebut berdasarkan harga purata bulanan boleh dijadikan alat mewujudkan kecekapan pengagihan subsidi dan kecekapan penggunaan petrol berdasarkan beberapa pendekatan.

Penyelarasan harga boleh dilakukan berasaskan isian kebuk kenderaan dengan pemilik kenderaan berkuasa kecil diutamakan penerimaannya. Harga yang murah selepas semakan hanya akan dinikmati bagi pemilik kenderaan berkuasa kecil memandangkan mereka memerlukan bantuan sewajarnya.

Pemilik kenderaan berkuasa besar hanya akan menerima harga yang rendah apabila berlakunya penyelarasan harga yang besar.

Langkah dilihat mampu mewujudkan kecekapan penggunaan dalam masa yang sama mampu menstabilkan kebajikan pengguna majoriti.

Hal ini bermakna perbezaan pembayaran harga runcit dan harga pasaran oleh golongan yang mengunakan kenderaan berkuasa besar akan digunakan untuk membantu sektor yang lebih memerlukan seperti pengangkutan dan perhubungan dalam usaha mengurangkan beban kewangan dan mengawal harga perkhidmatan tersebut.

Golongan yang berpendapatan tinggi yang sinonim dengan kereta berkuasa besar dilihat mampu menyerap harga sekarang iaitu RM2.70 seliter dan golongan yang berpendapatan rendah yang mengunakan kereta berkuasa kecil lebih memerlukan semakan harga yang memihak kepada mereka.

Satu pangkalan data khas mungkin boleh diwujudkan di dalam MyKad pembeli petrol ini dengan menerangkan bilangan kenderaan yang dimilikinya.

Saya juga berpendapat penyelarasan harga ini juga dipertimbangkan mengikut bilangan kenderaan yang dimiliki oleh setiap individu. Hal ini bermakna setiap keluarga hanya akan menikmati harga yang rendah berdasarkan maksimum dua buah kereta dan sebuah motosikal bagi setiap keluarga.

Sewajarnya semakan harga yang dicadangkan dinilai bersama-sama tingkat pendapatan penggunanya berserta isian kebuk kenderaan yang digunakan. Mungkin dalam jangka panjang kriteria jarak perjalanan yang mewakili keperluan perjalanan dan penggunaan dimasukan sebagai pemboleh ubah penetapan harga petrol.

Cara ini dilihat lebih praktikal dan efisien dalam mewujudkan kelestarian penggunaan bahan bakar dan merupakan mekanisme menang-menang dalam membantu menyetarakan beban kewangan rakyat dengan golongan berpendapatan tinggi membantu golongan berpendapatan rendah.




http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080814235133/Article/

Tuesday, August 5, 2008

Dua sahabat maut dirempuh lori (spontaneous news)

Malang tidak berbau. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar berita tentang kemalangan yang membabitkan motosikal. Baik didalam surat khabar mahupun yang terjadi di sekeliling kita. Lihat sahaja kemalangan di dalam Uitm baru baru ini dan juga kemalangan membabitkan pelajar uitm juga di makhamah tinggi Shah Alam. Mungkin kita tidak melihat serius perkara ini kerana ianya tidak ada kaitan dengan kita. Bukan keluarga kita, saudara mara, ataupun sahabat. Tetapi sebagai penunggang dan pengguna jalan raya kita harus sedar bahawa bahaya dimana-mana. Semalam terdapat satu lagi tragedi membabitkan motisikal dimana 2 sahabat dirempuh lori ketika sedang berhenti berehat di Kilometer 139.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Maran.

kenapa saya terpanggil untuk menulis review untuk artikel ini? jawapan nya adalah kerana salah seorang pemuda yang maut itu adalah rakan saya iaitu Mohd Azran Haffiz Sabri. Pada pagi Isnin lalu saya menerima sms dari rakan yang mengatakan bahawa beliau sudah pulang ke rahmatullah setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. seakan tidak percaya orang yang baru berhubung (melalui sms) dengan saya pada minggu lepas telah pergi jauh. Walaupin pada ketika itu arwh hanya duduk diatas motisikalnya tetapi akibat kecuaian pemandu lori tersebut akhirnya dia menjadi mangsa.

Maut dimana-mana. Samada ada sedang tidur, menaiki bas atau pun ketika menonton tv. Kita harus sedar (terutamanya penunggang motor) tahap bahaya lebih tinggi berbanding pengguna jalan raya lain. berkhemah dan berhati-hatilah dijalan raya. berkhemah dan berikan isyarat ketika memandu. kerajaan telah mejalankan berbagai kempen kesedaran tetapi jika tiada inisiatif sendiri daripada pengguna jalan raya tidak kira kenderaan apapun maka usaha itu adalah sia-sia. Jalan raya adalah untuk kegunaan kita bersama jadi sebagai pengguna kita hendaklah berwaspada dan berhemah ketika dijalan raya. Sikap acuh tidak acu dan sombong dijalan raya perlu di buang kerana ia akan memakan diri sendiri kalau tidak kini pada satu hari kelak. Adakah kita mahu kehilangan keluarga,saudara atau rakan barulah kita sedar kepentingan berhati-hati dijalan raya. JadiSama sama lah kita renungkan dan selamat beramallll....

p/s sama2 lah kita memsedekahkan al-fatihah kepada rakan saya arwah Mohd Azran Haffiz Sabri semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang2 yang beriman.

Dua maut dirempuh lori

Cross trainer hindar osteoperosis (planned)

WALAUPUN gerakan senaman cross trainer nampak perlahan berbanding aktiviti lain, tidak bermakna alat ini tidak mampu memberi kesan memberangsangkan kepada tubuh.

Senaman cross trainer memberi impak rendah terhadap lutut, pergelangan kaki, pinggul dan bahagian belakang. Alat ini selamat bagi anda yang pernah menghadapi kecederaan di bahagian terbabit. Senaman menggunakan cross trainer juga membolehkan anda menyokong tubuh dengan kaki yang secara tidak langsung membina ketumpatan tulang serta menghindarkan kesan osteoperosis.

Cross trainer dikatakan mengatasi peralatan lain termasuk basikal statik, mesin dayung atau treadmill. Malah, jika anda melakukan senaman menggunakan cross trainer, kalori yang dapat dibakar lebih banyak dan lebih cepat.


Ini bermakna, senaman menggunakan cross trainer adalah pilihan bijak bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, membentuk tubuh sambil menjaga kesihatan. Ia juga berkesan bagi individu yang ingin mengekalkan tahap kecergasan kerana alat ini mampu meningkatkan kadar degupan jantung dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.


Berikut dipaparkan panduan senaman cross trainer tahap lanjutan seperti yang ditunjukkan jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis.

Senaman cross trainer tahap lanjutan


1. Panaskan badan (10 minit)

Tetapkan penggunaan cross trainer pada tahap tiga hingga lima dan kadar langkah seminit (strides per minute-SPM) antara 80 hingga 90. Kadar ukuran degup jantung

HRM (heart rate measurement) pula sekitar 60 peratus.

2. Senaman (30 minit ke atas)

Tetapkan penggunaan pada tahap lima hingga tujuh dan kadar SPM antara 120 hingga 140. HRM harus ditetapkan pada tahap 80 peratus ke atas.

3. Menyejukkan badan (lima minit)

Tetapkan penggunaan pada tahap satu atau dua dan kadar SPM di bawah 80 manakala HRM sekitar 50 peratus.

Info:

  • Bagi mesin cross trainer Star Trac, anda yang sudah bersenam pada tahap lanjutan boleh menggunakan aplikasi automatik pada peralatan ini. Ini bermakna, anda tidak perlu menetapkan kadar dan tahap seperti yang ditunjukkan sebelum ini dan sebaliknya terus memilih program sedia ada.

  • Ada tiga pilihan mengikut kesesuaian iaitu yang pertama, Total Body yang banyak tertumpu kepada gerakan tarik dan tolak manakala kedua, Alpine Pass yang memberi pengalaman seperti mendaki dan menuruni bukit secara sekata.

  • Pilihan terakhir ialah Random Hill yang memberi pengalaman mendaki dan menurun bukit secara tidak sekata.