Tuesday, July 29, 2008

Selamat Berjuang!!

Sebagai peminat bola sepak, saya begitu teruja menantikan kemunculan pasukan bola sepak terkemuka Eropah iaitu Chelsea ke Malaysia Malam ini. Kehadiran mereka memberi peluang kepada peminat-peminat pasukan tersebut melihat kelibat bintang-bintang mereka dari dekat.Apa yang mengagumkan mereka ialah mutu permainan bola sepak di Eropah yang nyata lebih memikat dan menghiburkan. Terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan Chelsea datang ke sini walaupun pada awalnya timbul kontroversi.Walaupun bukan penyokong pasukan Chelsea, namun saya tetap akan menonton perlawanan tersebut biarpun dikaca tv. Namun begitu, jauh di sudut hati saya amat risau dengan persediaan skuad negara untuk berhadapan dengan lawan yang nyata sekali bukan tandingan ini.Apatah lagi dengan kegugupan pasukan Malaysia berdepan India tempoh hari dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 1-1, itupun jaringan lewat permainan menerusi sepakan penalti.Untuk perlawanan menentang Chelsea ini, saya berharap FAM dapat merangka strategi yang mantap dan menurunkan hanya pemain-pemain yang berkualiti yang kita ada. Tak perlulah saya sebutkan nama-nama mereka di sini. Perlu diingat, anda akan berhadapan dengan pasukan yang berstatus lima bintang dan berkelas dunia. Ambil peluang ini sebagai pendedahan kepada pemain mempamerkan karisma dan sikap juang yang tinggi demi negara. Adalah sesuatu yang memalukan dan amat malang sekali sekiranya kita menganggap perlawanan ini sekadar suka-suka. Ini bukanlah perlawanan pemanas badan menjelang pembukaan musim baru liga Inggeris yang pertama, pada tahun 2001 semasa kunjungan Manchester United ke Malaysia, skuad negara tewas 0-6 sedangkan pasukan negara jiran, Thailand hanya tewas 1-2, itupun pasukan dari Eropah tersebut terpaksa bergelut sebelum menang.Perlawanan seperti itulah yang kita mahu lihat, bukan membiarkan pasukan pelawat memperbudak-budakkan kita.Tolonglah, jangan jadikan Malaysia sebagai pasukan belasahan walaupun kita sedar kualiti pemain-pemain pasukan Chelsea berstatus bintang. Berikan saingan kepada mereka, jangan biarkan mereka mudah mengawal permainan di padang.Jika dilihat dari keputusan perlawanan yang diatur dalam kunjungan Chelsea ke Asia, mereka menang 4-0 dan 7-0 ke atas kelab dari Cina, saya tidak dapat menjangkakan nasib skuad negara nanti. Walaupun saya tidak menjangkakan keputusan yang mengejutkan ke atas Chelsea, sekurang-kurangnya saya amat berharap skuad negara turun dengan semangat juang yang tinggi dan mereka perlu menjaga imej negara. Kepada peminat-peminat bola sepak tanah air, marilah kita menyokong pasukan negara beraksi. Baik buruknya Malaysia adalah pasukan kita. Selamat berjuang!

2 comments:

yokohamarinos said...

1 2 3 go.... rangka strategi da ok smlm.... tp coment thdp pdg... Scolari pun komen, dlu time dia dtg pun dia ade comment, skang pun ade lg.... mane xnye... pemain chelsea asyik trjatuh je.... pujian terhadap keeper Malaysia.... lg better r dr Syed Adni...

kontanG said...

2 la..padang kan..dulu dia dtg selang barape taun pdg still macam tu gak..
harap2 badk2 amek facilities management ni nanti ley ubati bende2 gini~peace