Friday, July 18, 2008

bertanding di China berlatih di Jepun. kenape ek?

the star online

Masyarakat dunia sedia maklum bahawa sukan olimpik akan berlangsung tidak lama lagi. kebiasaannya wakil dari setiap negara bertanding akan tiba awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan persekitaran tuan rumah. dalam pada yang sama tiba awal untuk mengenali selok belok kawasan pertandingan. Tetapi lain pula jadinya pada kali ini, Olimpik di Beijing tetapi kebanyakan negara mengambil inisiatif lain untuk membuat latihan. menurut artikal yang saya petik dari the star online dimana sebanyak 20 negara bertanding membuat persiapan dan latihan di Jepun. kenapa mereka memilih jepun? kenapa tidak pergi saja ke China? lagi memudahkan mereka untuk membuat persiapan.

Ini kerana masalah pencemaran udara di china adalah salah satu faktor dimana mereka memilih Jepun sebagai training ground mereka. Jepun mengambil peluang itu untuk mempromosi negara mereka. Di Jepun Badarayanya bersih, kurang pencemaran dan penyediaan makanan mereka yang bersih adalah antara faktor dimana negara negara bertanding berkampung disana.

keadaan faciliti yang lengkap dan juga bertaraf antarabangsa juga adalah faktor pendorong. sesetengah bandar di jepun menyediakan kemudaha sukan yang mengikut standard antarabangsa seperti di Bandar Komatsu.Review ini bukanlah untuk menkondem China selaku tuan rumah olimpik tetapi selagi masyarakatnya tidak berubah dari melakukan pencemaran selagi itulah mereka akan kerugian dari pelbagai aspek.

Janganlah berhenti melakukan pencemaran semata-mata kerana adanya sukan Olimpik dan selepas semuanya selesai masalah yang sama berlaku semula. jika itu berlaku mereka hanya bersifat hipokrit., harap-harap berterusan untuk dunia yang lebih bersih dan tiada pencemaran. Peace!


2 comments:

wanismailcholan said...

Selagi masyarakat mereka tak berubah mereka akan rugi selama-lamanya.

aiShaH said...

Sukan Olimpik mmg sentiasa mempuyai isu tersendiri. Sebelum ni di Athens isu keselamatan dibangkitkan.. di China pula masalah pencemaran yg merungsingkan banyak pihak.. jangan penganjur rugi sudah..